23 April 2025

5 MEI TARIKH LAFAZ CERAI - EDIKA YUSOF SANGK4L SEMUA 10 TUDUHAN, TERMASUK MENGAS4RI & MENGH1NA ISTERI



"Kita tengok apa jadi nanti. Minta maaf. Saya tak boleh cakap apa-apa lagi," tutur isteri kepada pelakon Edika Yusof, 58, iaitu Nor Hidayah Yusri, 47, yang berharap urusan tuntutan perceraiannya hari ini dipermudahkan.

Nor Hidayah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 9.45 pagi dengan ditemani anak lelakinya, Fardeen Nasrulhaq.

Bagaimanapun, Nor Hidayah enggan mengulas ketika ditanya mengenai kenyataan Edika yang memaklumkan dia tidak menerima surat daripada pihak peguam mewakilinya untuk prosiding hari ini.

Sementara itu, Edika berkata, dia sepatutnya menj@tuhkan talak terhadap isterinya pada hari ini, namun ia terpaksa ditunda memandangkan Hidayah dalam keadaan tidak suci.

"Saya sekarang ini sudah sampai ke tahap reda. Hari ini saya sedia lafazkan talak tetapi dia tidak suci. Jadi saya akan lafaz pada 5 Mei iaitu pada tarikh sebutan seterusnya," jelasnya.

Selain itu, Edika turut menyangk@l semua 10 alasan yang disenaraikan isterinya sebagai alasan krit1kal sehingga menyebabkan dia memfailkan cerai, ini termasuk juga tuduhan pernah mengas@ri dan mengh1na isterinya sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Saya tidak mengaku kesemua tuduhan itu sebab ia keterlaluan antaranya mengas@ri dan mengh1na. Dia kena tahu yang dia s@kit daripada dulu sampai sekarang saya yang jaga. Saya bukan bangga tapi itu tanggungjawab saya," ujarnya.

Sebelum itu, Edika berkata, dia akan berusaha memohon kerjasama daripada pihak mahkamah untuk mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan nasihat pakar.

Semalam, Edika mendakwa isterinya itu menghidap m£ningitis iaitu jangk1tan kum@n ke 0tak, sekali gus membabitkan kesihatan ment@lnya, malah dia juga mengharapkan isterinya mendapatkan rawatan dan nasihat pakar.

Dalam pada itu, Edika memberitahu, dia akan cuba menyelesaikan k£s tuntutan perceraian berkenaan sebaik mungkin kerana ia membabitkan peribadi.

Jelas pelakon filem 'XX Ray' dan 'Maria Mariana' itu lagi, peny@kit isterinya itu turut mengg@nggu ment@lnya membuatkannya tidak boleh melafazkan talak hari ini.

"Saya nak gembirakannya. Kalau orang dah minta cerai, kita tak nak teruskan, buang masa juga. Kasih sayang takkan macam dahulu. Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan cuma bukan hari ini.
"Kalau dia tak okey, kita memang nak bagi apa yang dia nak. Tapi apabila membabitkan ment@l, kita serahkan pada pakar. Saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar, kaunseling sebelum putuskan apa mas@lah kita.

"Mungkin ada sil@p saya, saya pun tak salahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tapi dia yang tak nak," ujar Edika yang hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini pada jam 10 pagi, hari ini, tidak diwakili peguam untuk pengurusan tuntutan perceraian dibuat isterinya.

Hadir 20 minit selepas ketibaan isterinya, Edika turut mendakwa sudah sebulan melambatkan permintaan Nor Hidayah.

"Saya sudah cuba untuk berbincang. Tapi kadangkala cerai bukan di tangan lelaki, wanita yang minta. Cuma apa-apa jadi jangan diamkan diri, kena bincang. Saya nampak ada perubahan.

"Walaupun dia keluar rumah pada hari itu, saya bantu lagi. Harap masing-masing boleh muhasabah diri. Kalau n£kad nak berpisah kita boleh berpisah, jadi kawan demi anak-anak.

"Dalam Islam pun digalakkan bersilaturahim. Pada saya tak sal@h kita perjuangkan walaupun jodoh, m@ut dan kehidupan ditentukan Allah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.