"Maafkan saya ya sahabat-sahabat yang selalu ada.... sebab buat em0si awak-awak semua terg@nggu juga... Tak ada niat nak libatkan orang lain sebenarnya tapi tulah.. kal@h dengan sy@itan nir0jim."
Demikian tulis pelakon Abby Abadi dalam satu perkongsian video di media sosial, dimana dia memohon maaf kepada semua pihak serta menjelaskan, dia tiada niat untuk melibatkan orang lain dalam permas@lahan keluarganya itu.
Dalam video itu, memaparkan bekas suami Abby iaitu Norman Hakim hadir ke rumahnya untuk memohon maaf dengan membawa bunga bersama anak mereka, Marissa Dania.
Marissa dilihat memeluk ibunya untuk memohon maaf dan Abby pada awalnya hanya berdiam diri tidak dapat menahan sebak.
Dalam pada itu, Abby turut meluahkan rasa syukur kem£lut antara mereka sudah pun selesai apabila kesemuanya bersemuka serta meminta Norman dan anak-anak tidak membuat dirinya rasa sedih kerana bimbang tidak dapat mengawal em0si.
"Jadi Papanya, Anak-anak. Jangan buat Mama sedih lagi.. sebab bila Mama sedih, Mama hilang arah.. Bila Mama hilang arah, Mama cepat terperanjat! Bila terperanjat, maka akan terjadilah pergelutan jiwa yg sukar di duga... Sorry ok," katanya.
Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu sememangnya seorang yang mempunyai hati dan pemaaf, malah ada juga yang memberi kata-kata semangat buat ahli kumpulan Elite ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.