08 April 2025

FARA SALLEH DAKWA SHUK TIDAK PERNAH MENGAKU ANAK DALAM KANDUNGAN DAR4H DAGINGNYA : "K£SIAN DEKAT ANAK LAH SEBAB BAPA BUANG DIA SEBELUM LAHIR LAGI"



"Pakaian tidak dibelikan, skincare pun tak ada beli. Dia tak ada beri apa-apa pun, raya tak ada, barang anak langsung tidak dibelikan.

"Kebanyakan saya pakai duit sendiri. Saya buat job review. Dia cuma tanggung makan dan minum sahaja. Kalau dia faham soal agama, dia tak akan buat macam ini."

Demikian ujar isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang mendakwa suaminya itu tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, malah barangan anak mereka yang bakal lahir Julai depan tidak dibeli.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Fara juga mengakui sedih dengan nasib anak yang bakal dilahirkan kelak, selain turut mendakwa Shuk tidak pernah mengaku anak tersebut dar@h dagingnya.

"Kesian dekat anak lah sebab bapa buang dia sebelum lahir lagi. Tapi Alhamdulillah walaupun diuji kandungan saya sihat. Nanti bila dah besar dia akan faham yang bapa dia tak mengaku sebagai anak," katanya.
Sebelum ini, perkongsian Fara mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video Shuk melafazkan cerai melalui panggilan telefon di pejabat agama di Thailand, semalam.

Dalam pada itu, Fara menjelaskan, meskipun lafaz cerai sudah dilakukan di Thailand, namun dia akan meneruskan urusan penceraian mengikut undang-undang Malaysia serta akan menuntut nafkah anak mereka.

"Saya akan selesaikan pengesahan pendaftaran nikah kami 15 April ini. Saya juga akan tetap menuntut nafkah untuk anak saya dari awal, tak ada yang kurang sikit pun," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.