"Sudah genap setahun peristiwa hitam dalam hidup saya (melalui perceraian). Ini pengajaran dan hukvman ke atas saya yang alpa. Tapi, terima kasih Adira selama ini menjadi isteri saya. Semoga awak berbahagia dan sihat untuk menjaga anak-anak saya."
Itulah ujar bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali, Datuk Red, 47, dimana dia menyifatkan keh@ncuran rumah tangganya setahun lalu berpunca daripada kealpaan diri sendiri.
Tuturnya, kehilangan isteri dan anak-anak akib@t perceraian itu secara tidak langsung menjadi 'hukvman besar' dalam kehidupannya sekarang yang harus dilalui bersendirian.
Datuk Red yang berkata demikian menerusi video yang dimuat naik di media sosial itu juga menarik perhatian ramai apabila turut menyertakan beberapa tanda pagar, 'sumpah aku tak cari lain', 'aku akan kembali menjadi suami yang bertanggungjawab' dan 'aku suci dan setia'.
Selain itu, kata Datuk Red, sehingga kini dia sangat menghargai segala peng0rbanan Adira yang sentiasa ada membantunya sepanjang tempoh sembilan tahun hidup bersama bekas isterinya itu.
Untuk makluman, Datuk Red dan Adira pernah mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, sebelum mereka disahkan bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dan Adira dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob kini berusia dua tahun.
Datuk Red dan Adira yang masih berhubungan baik itu pernah memaklumkan mereka bercinta semula dan merancang berkahwin selepas sambutan Aidilfitri tahun ini, kira-kira berapa bulan selepas bercerai tahun lalu.
Bagaimanapun, Datuk Red memaklumkan, hasrat murni itu terpaksa ditangguhkan dulu berikutan dia mahu berusaha mengumpul wang bagi menyelesaikan sekurang-kurangnya separuh hut@ng berjumlah RM7 juta yang ditanggung.
Difahamkan, setakat ini Datuk Red baru dapat menyelesaikan hut@ng itu sebanyak RM30,000 hasil daripada pendapatan jualan pr0duk dibuatnya secara 'live' di platform media sosial.
Dalam pada itu, Datuk Red juga berharap dia dapat peluang pekerjaan tetap yang boleh memberinya pendapatan bulanan untuk menyara kehidupannya dengan lebih baik, selain fokus melunaskan hut@ng.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.