Takziah diucapkan kepada ahli keluarga anggota kumpulan Nico G, Abdul Fashah Abdul Aziz atau Nico atas pemergiannya yang meninggal dunia pada jam 11 malam semalam di Kampung Baru, di sini, akib@t mas@lah jantung.
Allahyarham yang juga bapa tunggal itu meninggalkan seorang anak lelaki, Muhammad Fazrul Shazreen, 12, hasil perkahwinan pertamanya.
Jenazah Nico telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, jam 2.15 petang hari tadi, dimana hampir 200 orang termasuk keluarga dan kenalan Nico hadir memberikan penghormatan terakhir.
Klik untuk gambar besar
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas proses b£dah si@sat selesai di Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu, kakak kepada Allahyarham Nico iaitu Suzi Abdul Aziz, 59, berkata, arwah adiknya itu berpeluk dirinya dengan terlalu erat ketika kali terakhir bertemu pada pagi Aidilfitri, Isnin lalu.
"Dia peluk saya sangat kuat sampai saya cakap, 'Kenapa peluk kuat sangat? Kemudian, dia salam dan cium tangan saya sangat lama," tuturnya yang turut memberitahu, ketika itu Nico turut bersama mereka dalam rakaman video ucapan raya dan sempat bergurau seperti biasa.
"Dalam masa sama, pada hari raya pertama itu sikapnya juga agak berbeza. Dia diam, tidak seperti kebiasaannya yang suka berbual dan bercerita. Selepas bersalam dan bermaafan, dia menyerahkan duit raya kepada ayah. Jumlahnya juga lebih banyak daripada biasa dan ayah agak terk£jut.
"Tapi dia hanya tersenyum dan kata, ada rezeki. Kami memang selalu bergurau dalam suasana begitu," kata Suzzi yang juga mengimbau kenangan Ramadan terakhir bersama adiknya dimana arwah cukup menggemari hidangan sambal sotong masakannya.
"Sejak akhir-akhir ini, dia memandu e-hailing. Dia juga sering singgah ke rumah untuk berbuka puasa bersama kami. Seminggu sebelum Aidilfitri, dia datang ke rumah kerana teringin nak makan sambal sotong kegemarannya.
"Waktu itu, kelihatan dia sangat teruja. Kami banyak bergelak ketawa bersama," ujarnya yang bersyukur Nico pergi dalam keadaan baik walaupun pemergian arwah adiknya itu sesuatu yang memilukan.
"Kami bersyukur kerana walaupun dia tinggal seorang diri, Allah permudahkan segala urusan. Kami juga dapat melihat jenazahnya dalam keadaan yang baik," tuturnya yang berkata, mereka juga menziarahi bapa mereka, Abdul Aziz, 84, di Pandah Indah, di sini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.