06 April 2025

REDA PEMERGIAN ISTERI - ALI XPDC AKUI TERKEJUT, TAK SANGKA ISTERI AKAN PERGI TINGGALKANNYA SECEPAT INI



"Saya tahu isteri disahkan menghidap kans£r payud@ra tetapi tidak tahu tahap berapa. Tapi saya sangat sedih dan terkejut isteri akan pergi meninggalkan saya secepat ini.

"Maaf saya tak dapat komen lebih lanjut dengan keadaan saya pun baru keluar dari hospital. Boleh hubungi anak sulung saya, Aqiel."

Demikian kata penyanyi Ali XPDC, 57, dimana dia reda pemergian isteri tercintanya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, yang meninggal dunia akib@t kans£r payud@ra pada jam 6.08 petang hari ini di Hospital Putrajaya.

Klik untuk gambar besar

Kata Ali, dia memang sudah diberitahu doktor mengenai kans£r payud@ra yang dihidapi isterinya itu, namun mengakui terkejut dan tidak menyangka isterinya akan pergi secepat ini.

Jenazah isteri Ali disolatkan di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi selepas solat Isyak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi malam ini.

Selain ahli keluarga terdekat dan teman rapat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menziarahi jenazah di hospital berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.