"Satu perkara tentang keluarga saya, mereka tidak akan tanya soal itu. Saya ada sepupu berusia 40 tahun dan belum berkahwin, mereka pun tidak bertanya tentang hal itu kepadanya. Jadi hal itu membuatkan saya rasa lega jugalah.
"Mereka juga bukan jenis yang suka mengusik atau cuba menjodohkan siapa dengan siapa. Bagi mereka, soal teman hidup, masing-masing punya pilihan dan keputusan sebab kita yang nak hidup dengan orang itu."
Demikian kata pelakon Sophia Albarakbah dimana dia tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh dan bila hendak berkahwin, memandangkan usianya sudah mencecah 32 tahun.
Selesa menikmati fasa solonya, Sophia memberitahu, jika mahu berkahwin suatu hari nanti, dia ingin mencari lelaki yang tidak semestinya kaya-raya tapi penuh sifat pemurah.
Selain itu, Sophia berkata, lelaki itu juga perlu diterima baik ibunya kerana paling penting dia mencari seseorang yang boleh menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya.
Klik untuk gambar besar
"Ada beza antara lelaki kaya dan pemurah. Kalau seseorang lelaki itu kaya sekali pun tetapi dia ked£kut, itu pun tidak bagus juga. Kalau seseorang lelaki itu okey, sederhana tapi pemurah, dia pasti boleh jaga kita.
"Keluarga pun kena 'ngam' dengan lelaki itu. Sebab bila berkahwin, lelaki itu kena 'berkahwin' dengan keluarga saya juga," ujarnya yang juga mengakui, dia sedia untuk berkahwin jika sudah bertemu jodoh yang tepat.
"Sas@ran saya sekarang adalah terus bekerja sampai demi kestabilan kewangan. Jodoh itu nanti-nantilah. Kalau nak cakap sudah sedia hendak berkahwin atau tidak, saya rasa okay saja tapi bila saya pun tidak tahu.
"Saya sas@rkan berkahwin paling lewat usia 36 tahun, tapi itu hanya rancangan saya saja," tuturnya yang memberitahu, tiada apa mengekangnya dalam bab jodoh, namun dia memang gigih fokus kerja.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.