"Kami tiada isu dalam hal besarkan anak, sampaikan di set penggambaran ada ingat kami sudah kembali bersama sebab masih rapat. Saya dengan bekas suami memang rapat dan hubungan antara kami sangat baik walaupun sudah bercerai.
"Kami tiada mas@lah sampai tak boleh nak berhubung, malah beli barang keperluan raya anak-anak pun kami pergi bersama."
Demikian jelas pelakon Emma Marmbong dimana dia berkata, tiada sebab perlu bermusuhan dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar apabila mereka dilihat masih mengekalkan hubungan akrab walaupun sudah bercerai.
Ujar Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 33, demi dua anak-anak lelaki mereka yang sedang membesar, dia dan Shazli sehingga kini masih menjaga hubungan baik.
Malah tambahnya lagi, dia dan bekas suaminya itu tidak kek0k keluar bersama sehingga ada menyangka mereka sudah kembali bersama sebagai suami isteri.
Sementara itu, Emma turut menjelaskan, dia tidak menutup hati untuk kembali berkahwin dan menyerahkan soal jodoh pada Allah SWT sekiranya dipertemukan dengan lelaki sepadan.
Kata Emma, dia terbuka berkenalan dengan mana-mana lelaki yang ikhlas mahu berkawan kerana tidak memandang status atau meletakkam sebarang kriteria dalam mencari calom suami.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Emma berkata, membesar dalam keluarga yang bercerai-berai sehingga meninggalkan memori raya yang k£lat dalam jiwa, memberi satu pengajaran buat dirinya menguruskan em0si anak-anaknya agar tidak melalui situasi serupa.
"Sebagai seorang yang lahir daripada keluarga yang bercerai, saya tidak mahu anak-anak saya juga merasai kep£ritan yang pernah saya lalui satu ketika dahulu.
"Dahulu, saya selalu tertanya-tanya kenapa ibu bapa saya perlu bercerai biarpun sudah mempunyai 11 orang anak. Saya pernah rasa penat kerana perlu beraya di dua buah rumah selepas ibu dan bapa berpisah.
"Jadi saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya. Sebab itu saya pernah beritahu bekas suami walau apa pun yang terjadi, setiap kali raya mesti kena ada gambar berempat.
"Saya akan bawa anak-anak beraya di rumah bekas suami di sebelah pagi, selepas itu dia pula akan ikut beraya di rumah kami," kata Emma dimana dia tidak mahu dua orang anaknya merasai kekurangan pada Aidilfitri kali ini.
Tambah pelakon drama 'Seribu Tahun' ini lagi, penting untuk anak-anak mempunyai momen berharga bersama kedua-dua ibu bapa kerana tidak mahu anak-anaknya itu membesar dengan memendam rasa.
"Dahulu kalau nak sambut hari lahir saya, saya kena sambut berasingan. Gambar keluarga pun tak pernah ada yang lengkap. Saya sampai terpaksa lukis sendiri gambar kami sekeluarga bersama kerana saya tidak pernah berpeluang bergambar satu keluarga lengkap.
"Memang s@kit rasa hidup dalam keluarga yang berant@kan. Saya faham perasaan bagaimana seorang anak inginkan sebuah keluarga yang sempurna," kongsinya yang turut memberitahu, dia mahu anak-anaknya itu mempunyai potret raya keluarga yang lengkap untuk selama-lamanya.
Disamping itu, Emma juga mengakui ada perasaan sedih mengenangkan nasib beraya berstatus janda, namun dia tetap cuba menerima segala takdir dengan tenang.
"Bohonglah kalau saya tak sedih tetapi saya tak boleh tunjukkan kesedihan di depan anak-anak. Ada satu ketika anak sulung saya iaitu Shafiq Gabriel ternampak saya sedang menangis di dalam bilik air, lepas tu dia datang dan tolong syampukan rambut saya dan cakap jangan menangis.
"Biarpun dia baru berusia empat tahun, tetapi dia sudah ada perasaan untuk menenangkan ibunya yang sedang dalam kesedihan. Saya bertuah kerana Allah beri anak lelaki yang akan jaga saya nanti," ujarnya.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan Shazli sudah bercerai secara baik selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.