07 April 2025

TUNAI UMRAH BERSAMA SHUIB SEKELUARGA - MAMAT & ISTERI DOA DIKURNIAKAN ZURIAT



"Dulu saya pergi 10 tahun lalu pada tahun 2015. Alhamdulillah saya bersyukur kali ini Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki akhirnya dapat pergi bersama isteri tercinta pada tahun ini.

"Lebih istimewa pada umrah kali ini, dan sama macam pasangan suami isteri lain, saya dan isteri Insya Allah akan banyak doakan agar hidup kami diberkati, kekal bahagia hingga syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah."

Demikian kata Mamat Sepah atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad yang meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengerjakan umrah buat kali kedua ditemani isteri tercinta, Nordiana Ibrahim.

Klik untuk gambar besar

Jelas Mamat, kali terakhir dia menunaikan umrah adalah pada 10 tahun lalu dan rezeki dapat menunaikan umrah kali ini adalah hadiah istimewa daripada Allah selepas sekian lama menanti.

Dalam pada itu, Mamat juga memaklumkan pernah menyimpan hasrat untuk bernikah di Makkah, bagaimanapun ia terpaksa dilupakan kerana kekangan undang-undang pada masa itu.

"Dulu saya pernah ada niat nak nikah di Makkah tetapi kerajaan tidak benarkan waktu itu jadi tidak dapat nikah di sana, jadi dapat bulan madu pun dah cukup," ujarnya yang menunaikan umrah berkenaan bersama sahabatnya, Shuib atau Shahmira Muhammad.
Difahamkan, Mamat dan isteri serta Shuib sekeluarga bertolak pada Khamis lalu dan ditaja sepenuhnya oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Sementara itu, Shuib juga bersyukur kerana dapat membawa isterinya, Watie Hanifiah dan anak-anaknya merasai pengalaman berharga di Tanah Suci.

"Alhamdulillah, kali ini saya dan anak-anak dapat menunaikan umrah bersama. Saya juga bersyukur kerana anak bongsu saya, Ayash Affan, yang berusia tiga tahun dapat menunaikan umrah buat kali pertama.
"Saya dan isteri memang ada perancangan menambah cahaya mata kerana abang dan kakaknya sudah meminta adik. Mana tahu, ada rezeki 'baby Tanah Har@m'," tuturnya.

Tambahnya lagi, perjalanan umrah berkenaan menjadi pengalaman berharga buat mereka, selain dapat mengeratkan lagi persahabatan dengan Mamat.

Mamat dan Shuib dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati memilih ag£nsi umrah supaya tidak menjadi m@ngsa pen1puan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.