"Tiasa mas@lah kalau awak tak pandai masak atau buat kerja rumah sebab saya boleh melakukannya. Saya tetap sayangkan awak dan akan lakukan apa saja untuk wanita yang saya cintai.
"Fokus pada karier dan branding.. yang lain saya uruskan, jangan fikir banyak dah biar Allah tentukan rezeki," tutur pelakon Pablo Amirul menerusi satu perkongsian di media sosial, dimana dia turut menyertakan tanda pagar, 'Road To Halal And Jannah'.
Bagi Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, ia bukan satu mas@lah besar jika kekasihnya, Dr Hana Rose tidak pandai memasak, sebaliknya dia menerima kelebihan dan kekurangan wanita yang dicintainya itu seadanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu juga, Pablo turut memenuhi permintaan kekasihnya yang mahu merasa air tangannya dimana dia dilihat memasak menu ayam masak kicap, sekaligus membuktikan cintanya terhadap Dr Hana.
"Dr Hana kata dia teringin nak rasa masakan air tangan saya. Jadi dia minta saya masakan ayam masak kicap," kata pelakon filem 'Air Force' itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap perbuatan Pablo itu sebagai romantis dan berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.
Sebelum ini, Pablo memberitahu hubungan dia bersama Dr Hana sudah mendapat restu keluarga dan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga apabila tiba waktu sesuai kerana enggan membuang masa terlalu lama bercinta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.