"Syukur Alhamdulillah kami diberi pengiktirafan khas antara penyumbang zakat tertinggi di Selangor setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor.
"Satu lagi anugerah dari pusat zakat selangor inilah impian kami nak bantu orang lain terutamanya mereka yang kurang berkemampuan."
Itulah tutur usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan syukur apabila diberi pengiktirafan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai antara penyumbang zakat tertinggi setiap tahun.
Aliff yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, berkata, impiannya adalah untuk membantu golongan yang berkemampuan serta mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida yang bersamanya disaat susah senang.
Dalam pada itu, Aliff turut menzahirkan penghargaan buat mereka yang telah menyokongnya serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
"Terima kasih kerana menyokong kami dengan membeli barangan kami. Hasil sokongan anda semua lah saya mampu menyumbang zakat dari hasil jualan kami. Semoga kami terus diberikan kesihatan untuk membantu golongan asnaf," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.