"Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah, Masya-Allah Tabarakallah.
"Assalamualaikum, anakku. Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy," demikian tulis pelakon Elisya Sandha dimana dia berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan anak keduanya, bayi lelaki semalam.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran bayi lelaki, malah tidak menunggu lama untuk berkongsi nama 'hero' kecilnya itu.
Dalam pada itu, Elisya sempat merakamkan detik istimewa saat bayinya berada dalam dakapan, biarpun tidak mendedahkan wajah penuh
Klik untuk gambar besar
"Alhamdullilah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih buat isteriku. Sekali lagi awak berjaya buat saya kagum dengan kekuatan awak," tuturnya.
Untuk makluman, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021 dan kini pasangan ini sudah dikurniakan sepasang cahaya mata, Bunga Elhaq, 3, dan Bahtera Elhaq yang baru sahaja dilahirkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.