"Hubungan baik di antara kami bukan buat-buat di depan kamera atau hendak mengejar rating, tidak! Sampaikan kami ada ketika kami sendiri pun tak tahu kamera sedang merakam momen kami bersama dan semuanya secara semula jadi.
Demikian jelas pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 71, dimana katanya, kemesraan dan keakrabandan pengarah muzik Datuk Ramli MS bukan dibuat-buat demi mengejar rating program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak.
Ujarnya lagi, keikhlasan hati menjadi faktor dia dan Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram, kekal bersahabat sejak bertemu di set penggambaran musim pertama program tersebut dua tahun lalu.
Disamping itu, Jalaluddin turut menyifatkan, di sebalik karakter t£gas dipamerkan Ramli ketika menjadi juri program nyanyian, dia seorang lelaki penyayang.
Klik untuk gambar besar
"Ramli memang lant@ng dan suka cakap lepas tapi di sebalik itu dia seorang lelaki penyayang dan mengambil berat.
"Sebagai contoh, Ramli cukup menjaga pemakanan saya ketika kami menjalani penggambaran. Sampai saya nak minum air soda pun dia larang.
"Kalau saya s@kit kepala dia berikan ubat-ubatan yang dibawa dan pastikan saya kembali sihat," tuturnya yang turut mengakui program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak menjadi penyebab persahabatan mereka.
"Projek Bapak-Bapak sememangnya mengeratkan hubungan kami sehingga kami ada kumpulan WhatsApp sendiri," katanya.
Untuk info, program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak kini sudah memasuki musim keempat, dimana ia turut menampilkan pelakon Roy Azman sebagai ahli tetap.
Sementara seorang lagi ahli tetap iaitu penyanyi Jatt Ali digantikan dengan Mustapha Kamal untuk musim terbaharu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.