16 May 2025

"SAYA BUKAN NAK MENUNJUK KEPADA ORANG, SEBALIKNYA MAHU KONGSI ILMU & BERI INSPIRASI..." - BLACK ULAS ISU KONGSI MENGENAI PERNIAGAAN VILA MILIKNYA



Penyanyi Black Hanifah, 37, yang baru-baru ini ada berkongsi mengenai perniagaan vila miliknya di Langkawi, Kedah di media sosial, menafikan dia menunjuk-nunjuk apabila mempamerkan kemewahan dimiliki, sebaliknya mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.
Berhubung itu, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, berkata, dia juga mendapat banyak maklum bal@s p0sitif dari pengikutnya yang berminat untuk menceburi perniagaan sebagai jaminan masa depan.

"Saya bukan nak menunjuk kepada orang, sebaliknya mahu kongsi ilmu dan beri inspirasi mengenai bidang perniagaan dan tidak semestinya membina vila atau resort saja.

"Selepas saya kongsi mengenai perniagaan vila ini, ramai rakan yang terikut cara saya dengan membeli tanah dan sebagainya," jelas Black yang turut memberitahu, dia juga mahu menarik pengunjung untuk menginap di vilanya itu.

"Perniagaan vila seperti ini perlu diprom0sikan kepada orang ramai di media sosial membabitkan lokasi, kemudahan disediakan dan sebagainya.

"Saya bersyukur dengan perkongsian video mengenai vila kelmarin, ramai orang yang hantar WhatsApp dan kami juga dapat banyak tempahan untuk bilik.

"Contohnya, bilik sudah habis ditempah sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (Lima'25) yang berlangsung pada 20 hingga 24 Mei ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Black yang merupakan bekas juara program realiti, Mentor musim ketiga ini meluahkan rasa syukur dengan kejayaan dikecapi sebagai usahawan ketika ini.

"Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai dug@an dalam tempoh tiga tahun, terkini saya dalam proses membina vila ketiga pula tahun ini.

"Vila pertama iaitu Rindu D'Villa dan kedua Dayyan D'Villa. Selain itu, saya juga sudah membina rumah untuk didiami bersama keluarga serta kafe di lokasi sama.

"Sebagai anak seni, bukan bidang nyanyian saja, tapi sebagai artis yang sudah berkeluarga, kita perlu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat termasuk berjaya dalam perniagaan diceburi.

"Kejayaan saya hari ini berkat dorongan dan sokongan isteri sebagai tulang belakang dan 'menumpang' rezeki anak-anak," katanya.

Sebelum ini, perkongsian video Black mengenai perniagaan vila miliknya di Langkawi, Kedah yang dimuat naik di media sosial mencur1 perhatian ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.