05 May 2025

"SAYA HANYALAH PERANTARA JAMBATAN..." - SUAMI HELIZA HELMI DEDAH L4BUR LEBIH RM20.7 JUTA, AKUI DIRINYA JUGA M4NGSA



"Segala urusan pel@buran termasuk pembayaran dan penyerahan dokumen dilakukan secara langsung antara pel@bur dan syarikat. Saya tidak pernah memegang wang pel@bur atau terlibat dalam urusan kewangan mereka.

"Saya bukan pengasas bukan pemilik syarikat dan bukan orang yang mengumpul duit. Saya hanyalah perantara jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu."

Itulah kata kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi iaitu ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, dimana jelaskan, dia bukan pengendali sk1m pen1puan pel@buran yang dikaitkan dengan sebuah syarikat.

Kata Mahadi, dia hanya bertindak sebagai perantara antara pel@bur dan syarikat terbabit serta semua urusan pembayaran dibuat terus antara pel@bur dan syarikat tanpa melibatkan dirinya.

Tambahnya lagi, dia sendiri telah mel@bur lebih RM20.7 juta dalam dua entiti yang berkaitan antara tahun 2021 hingga 2023, hasil keyakinan terhadap dokumentasi dan struktur syarikat berkenaan.

Klik untuk gambar besar

"Kami diberi taklimat oleh pihak syarikat, lengkap dengan surat perjanjian, pengesahan penasihat syariah dan semua dokumen yang nampak teratur. Kalau tidak, saya sendiri tidak akan berani mel@bur sebanyak itu," ujarnya.

Dalam pada itu, akui Mahadi, dia rasa bersal@h kerana memperkenalkan sk1m tersebut kepada ramai individu termasuk rakan dan kenalan rapat yang turut menjadi m@ngsa.

"Saya rasa sangat bersal@h. Ramai kenal saya dan percaya kepada saya. Saya pula percaya kepada syarikat itu tapi akhirnya saya pun terkena," tuturnya.

Disamping itu, Mahadi menjelaskan, dia telah membuat laporan polis dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

"Saya jaga nama saya selama ini. Hari ini saya dikec@m, dihukvm di media sosial. Tapi saya tidak akan lari. Saya akan terus beri kerjasama dan bantu pel@bur dapatkan keadilan,"katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.