Semua sedia maklum mengenai keadaan penyanyi dikir barat asal Kelantan yang popular dengan lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin, dimana dia kini masih di Penj@ra Wilayah Narathiwat.
Berhubung itu, bapa Eda iaitu Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata, dia sekeluarga sentiasa berdoa supaya anaknya, suami dan empat rakan mereka dibebaskan lebih awal.
Ujarnya lagi, lanjutan tempoh itu kemungkinan pihak pendakwa raya mahu mencari dan kumpul bukti.
"Saya reda dengan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat yang membenarkan permohonan kedua pendakwa raya bagi melanjutkan tempoh tahanan anak saya.
"Justeru, kami sekeluarga menunggu surat daripada pihak mereka mengenai keputusan itu,"
"Kita tunggu dan lihat. Di samping itu, kita berdoa supaya anak saya, suam dan rakan mereka dapat bebas," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Ia susulan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat membenarkan permohonan kedua pendakwa raya bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan mereka daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil meth@mph£tam1ne.
Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya yang dibuat pagi semalam.
"Permohonan pertama bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan sepatutnya tamat Selasa depan (6 Mei). Bagaimanapun, pendakwa raya mengemukakan permohonan kedua melanjutkan tempoh memfailkan rayuan pagi semalam.
"Tempoh lanjutan kedua itu selama sebulan dan akan berakhir 6 Jun depan. Pendakwa raya boleh mengemukakan permohonan kali ketiga iaitu yang terakhir yang tamat tempoh pada 6 Julai, sebelum memfailkan rayuan rasmi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.