Selepas enam tahun hidup menjanda, akhirnya dalam diam penyanyi Jaclyn Victor, 48, kembali bergelar isteri kepada pensyarah Calvin T Samuel.
Berita gembira itu dikongsi rakan artis iaitu penyanyi Shila Amzah menerusi media sosial, dimana dia mengucapkan tahniah kepada Jaclyn dan suaminya.
"Akhirnya! Saya tumpang gembira buat Jaclyn," katanya ringkas.
Dalam perkongsian itu, Jaclyn mengenakan busana gaun berona putih, manakala suaminya pula sedondon dengan memakai sut penuh.
Klik untuk gambar besar
Selain Shila, rakan artis lain yang turut hadir pada majlis berkenaan adalah Datuk Ramli MS, Tomok, Nikki Palikat, Marsha Milan, Siti Nordiana, Dina Nadzir, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain dan Hael Husaini.
Untuk makluman, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Amerika Syarikat iaitu Shawn Rivera pada Julai 2014, namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.