02 May 2025

SUFIAN SUHAIMI SELAMAT AKHIRI ZAMAN BUJANG - PILIH RANIA AL SADAT SEBAGAI ISTERI



Setelah sekian lama menanti, akhirnya penyanyi Sufian Suhaimi, 33, selamat mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hatinya, Rania Al Sadat, 25, sekitar 9.30 pagi tadi dengan hanya sekali lafaz dengan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Dalam majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syaraff Al Sadat.

Menerusi majlis itu juga, isteri Sufian menerima mas kahwin satu dinar emas serta tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Sufian memaklumkan, majlis meraikan dia dan isteri akan diadakan secara tertutup di ibu kota, dimana ia khusus untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

"Majlis resepsi akan diadakan dalam suasana sederhana dan tertutup, khusus untuk ahli keluarga terdekat sahaja di ibu kota, dengan jemputan yang terhad," katanya.

Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan sejak tahun 2022 dan mengikat tali pertunangan pada awal Februari 2025, sebelum sepakat untuk disatukan sebagai suami isteri hanya dua bulan selepas bertunang, setelah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Sebagai tanda istimewa sempena hari bahagianya, Sufian turut melancarkan sebuah lagu baharu bertajuk 'Saksi', hasil ciptaan Sirkhan, Namjan dan Rinkarnaen.

Lagu itu yang membawa naratif kisah cinta mereka turut dilancarkan bersama muzik video eksklusif menampilkan Rania sendiri sebagai simbolik kepada perjalanan cinta mereka yang kini sudah bermula ditayangkan iaitu pada jam 2 petang tadi.

Dalam kenyataan lain pula, pasangan ini memaklumkan, mereka akan terus komited terhadap kerjaya masing-masing, dimana Sufian difahamkan kini sedang giat menyiapkan album sulungnya yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.