Penyanyi Dayang Nurfaizah, 44, yang sebelum ini diuruskan pengurus, Sherina Ahmad itu mengambil keputusan untuk bertukar kepada pengurusan baharu untuk kerjaya seninya, selepas 15 tahun bersama.
Kata Dayang, dia ingin mencari 'angin baharu' dalam kerjaya seninya, namun tiada sebarang k0nflik antara mereka.
"Ya, betul. Memang sekarang ini Dayang sedang melalui fasa peralihan, khususnya dari segi pengurusan. Di mana pengurusan lama pun digantikan dengan yang baharu.
"Tapi ingin saya jelaskan, tiada sebarang isu besar atau k0nflik yang berlaku. Ia lebih kepada soal masa, yang mana sampai waktunya untuk saya membuat perubahan. Itu sahaja.
"Ya, 15 tahun. Lama juga sebenarnya. Kadang-kadang kita tak boleh terus berada dalam zon yang sama terlalu lama. Kita perlu berkembang, mencuba perkara baharu dan meneroka arah yang mungkin lebih segar.
"Sebab itu saya ambil masa yang lama untuk mempertimbangkan keputusan ini," tuturnya yang turut men£gaskan, keputusan itu dibuat dengan damai antara kedua-dua belah pihak.
"Kalau nak kata ada k0nflik, sebenarnya tidaklah sampai ke tahap itu. Tetapi seperti dalam mana-mana hubungan kerja, perbezaan pendapat itu perkara biasa.
"Tiada sebarang perg@duhan atau pers£lisihan yang s£rius. Keputusan ini pun dibuat dalam suasana yang baik, tenang dan saling memahami.
"Buat masa sekarang, saya masih dalam fasa percubaan dengan individu atau pasukan baharu. Belum ada keputusan muktamad.
"Kita sedang menilai kesesuaian terlebih dahulu, jadi belum bersedia untuk umumkan secara rasmi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.