"Ya, arwah meninggal dunia di hospital. Tapi, arwah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan dengan tenang dan dalam tidur. Tiada lagi kes@kitan dan semuanya berlaku dalam keadaan sangat tenang."
Demikian tutur isteri kepada penyanyi popular era 1990-an, Sheqal, 60, iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, yang memaklumkan berita sedih dimana suaminya itu telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban jam 12.31 tengah tadi.
Kongsi Normah, jenazah arwah suaminya yang masih berada di hospital itu akan dibawa ke Masjid Tuanku Jaafar, Seremban untuk diuruskan dan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang, atas permintaan ibu arwah Sheqal.
"Jenazah masih lagi berada di hospital, kemudiannya akan dimandi dan dikafankan di Masjid Tuanku Jaafar. Selepas itu, jenazah akan dibawa balik ke kampung suami di Raub atas permintaan emak.
"Emak pun tak sihat dan masih belum tahu lagi mengenai pemergian arwah. Doakan dipermudahkan semuanya untuk kami," jelasnya.
Untuk makluman, Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Salehuddin, 60, dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah hasil perkahwinan dengan bekas isteri, penyanyi dan pelakon popular era 80-an iaitu Raja Ema.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Raja Ema turut memuat naik status ucapan takziah dipercayai ditujukan kepada arwah bekas suaminya, Sheqal.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un," tulisnya di media sosial yang berlatar belakang warna hitam.
Menerusi hantaran yang lain pula, penyanyi lagu 'Angan-Angan' itu turut reda dengan apa yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan arwah.
"Saya dan anak-anak dengan seikhlas hati menghalalkan dan memaafkan semuanya.. Moga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan para solihin.. Ameen Ya Rabb," ucapnya.
Terdahulu, Raja Ema mengakui tidak pernah menghalang dua anaknya bertemu bekas suaminya, malah dia juga tidak menghalang mereka menziarahi arwah Sheqal yang dirawat di hospital. Bagaimanapun, tiada seorang daripada ahli keluarga arwah Sheqal menghubunginya.
Katanya, dia sudah meminta adiknya, Raja Izat supaya bersedia untuk membawa Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah menziarahi arwah sekiranya sudah dihubungi pihak sebelah sana, namun tiada sebarang berita dari keluarga bekas suaminya.
Pada 4 Jun lalu, Sheqal yang popular menerusi lagu 'Cinta Nusantara' itu telah dimasukkan ke HTJ dan ditidurkan pada 6 Jun kerana pernafasannya kurang stabil termasuk mengalami jangk1tan kum@n dalam paru-paru dan paru-paru berair.
Sebelum ini, arwah Sheqal dilapor berkongsi dia perlu menggunakan kerusi roda akib@t empat kali dis£rang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir tiga tahun lepas. Bukan itu sahaja, malah Sheqal turut menghidap s@kit buah pinggang tahap empat.
Penyanyi yang popular dengan muzik Nusantara dan pop tradisional kelahiran Pahang itu mengecap populariti menerusi lagu-lagu seperti 'Zapin Rindu-rinduan', 'Cinta Nusantara' dan 'Ratib Orang Lautan'.
Kerjaya seni Allahyarham banyak dipacu penerbit terkenal Manan Ngah dan hingga kini sering dijadikan rujukan untuk genre muzik tersebut sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, To'ki, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin.
Pada hujung kehidupan, beliau bergiat aktif sebagai usahawan dan pakar motivasi dan tidak bercadang untuk kembali ke industri muzik selepas album terakhirnya pada 1998.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.