08 June 2025

"ALAMI G£JALA KABUR PENGLIHATAN & MUNT4H SECARA TIBA-TIBA" - WANI KAYRIE KENA S£RANGAN S4KIT KEPALA MELAMP4U, MOHON DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL AWAL UNTUK SAMBUT AIDILADHA BERSAMA KELUARGA



"Saya berada di zon kec£masan dari jam 2 pagi hingga jam 6 pagi sebelum dipindahkan ke wad. Selepas keputusan MRI keluar dan tiada apa-apa yang membimb@ngkan, saya dimasukkan ke wad pada pagi Khamis."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie, 25, dimana dia terpaksa menyambut Aidiladha tahun ini secara sederhana di rumah selepas dimasukkan ke hospital akib@t s£rangan s@kit kepala melamp@u sehingga perlu menjalani rawatan dan pemantauan doktor.

Jelas Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, dia dimasukkan ke Jabatan Kec£masan sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya kira-kira jam 2 pagi Rabu lalu selepas mengalami g£jala kabur penglihatan dan munt@h secara tiba-tiba.

Wani bagaimanapun berkata, dia telah pun dibenarkan keluar wad lewat petang Jumaat selepas memohon kepada doktor agar dibenarkan pulang lebih awal untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga.

"Walaupun dibenarkan balik, saya tetap tak dapat beraya seperti biasa. Keadaan kesihatan masih belum stabil, jadi saya hanya berehat di rumah, sambut raya pun secara sederhana," ujarnya.

Menurut penyanyi itu lagi, doktor mengesahkan mengalami 't£nsion headache' atau s@kit kepala akib@t tek@nan yang berpunca daripada kurang rehat, kepenatan melamp@u serta tek@nan selepas melalui tempoh kerja yang terlalu padat.

"Sejujurnya, sejak Aidilfitri memang jadual sangat padat. Prom0si lagu 'Nyam Nyam Ketupat', persembahan pentas, penggambaran drama, teater muzikal Kehidupan, dan promosi lagu baharu 'Cak Cak Cekuk', semua berlaku berturut-turut tanpa henti," tuturnya.

Dalam pada itu, akui Wani, keletihan keterlaluan menyebabkan dirinya tidak mampu lagi mengawal tubuh sendiri, sehingga dis£rang s@kit kepala yang sangat t£ruk dan tidak hilang-hilang walaupun selepas cuba berehat di rumah.

"Kalau dulu s@kit kepala biasa, saya akan tidur saja di rumah. Tapi kali ini s@kitnya luar biasa. Kepala rasa macam nak p£cah, tidur pun tak boleh. Ia datang berulang kali. Sebab itu doktor buat MRI untuk pastikan tak ada mas@lah s£rius.

"Alhamdulillah, semuanya baik, cuma tek@nan dar@h rendah," jelasnya yang turut memberitahu, semuanya bermula selepas dia bermain badminton pada malam Rabu lalu.

"Saya baru habis main badminton. Ketika mengemas peralatan, tiba-tiba pandangan jadi kabur, nampak bintang-bintang. Bila cuba berjalan, badan rasa longl@i. Saya cuba pandu kereta tapi rasa nak munt@h dan terpaksa berhenti.

"Masa itu s@kit kepala datang bertubi-tubi," kata Wani dimana dia kemudian meminta bantuan rakannya yang juga penyanyi, Afieq Shazwan yang berada di lokasi untuk menghantarnya ke hospital. Afieq terus hubungi adik saya untuk ambil kereta. Kami sama-sama ke hospital malam tu.

"Dari situ, bermulalah episod rawatan panjang," tuturnya yang reda dan menganggap ia sebagai ruang yang diberikan Allah untuknya berehat dan meluangkan masa bersama keluarga, meskipun sedih kerana tidak dapat meraikan Aidiladha seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Setiap tahun kalau tak balik kampung, saya akan bawa keluarga bercuti sempena raya. Tapi tahun ini mungkin Allah nak beri saya ruang untuk berhenti sekejap, rehat dan hargai masa dengan keluarga.

"Selalu saya 'out-station', keluar pagi balik pagi. Jadi walaupun sedih, saya bersyukur dapat berehat di rumah bersama keluarga. Dalam kesedihan itu, ada hikmah yang menenangkan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.