"Saya minta maaf kerana berasa tidak perlu buat apa-apa 'statement' (kenyataan) mengenai perkara ini (isu anak sulung luah rasa diabaikan) sebab tak nak isu ini berlarutan.
"Saya harap semua faham. Terima kasih," ujar pelakon Fizo Omar, 40, dimana dia enggan mengulas dakwaan anak sulungnya, Wan Maryam, 8, yang menganggap dirinya kurang mendapat perhatian berbanding adik-beradiknya yang lain kerana tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
Sebelum ini, Maryam menerusi hantaran video yang dimuat naik pemilik akaun @NurSyifa, menganggap dirinya seakan kurang mendapat perhatian daripada bapanya yang seperti tidak lagi menyayanginya selepas dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan bersama Fazeera Nazri Azrai.
Klik untuk gambar besar
Video Maryam ketika sesi siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim di media sosial telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memahami apa yang cuba disampaikan kanak-kanak berkenaan.
Untuk makluman, Maryam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama Fizo bersama usahawan, Mawar Karim pada 2013.
Selepas bercerai pada 2019, Fizo berkahwin dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, Wan Umaira, 2, dan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan seminggu lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.