17 June 2025

HADIR KE MAHKAMAH - NAIM DANIEL DIDAKWA HADAPI PERTUDUHAN K£S AM4NG S£KSUAL?



"Assalamualaikum semua, Insya-Allah," itulah kata penyanyi dan pelakon Naim Daniel ketika ditemui media di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi ini.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, hadir di mahkamah pada pukul 8.34 pagi tadi, sekaligus memberi bayangan bahawa dia bakal menghadapi pertuduhan berkaitan k£s am@ng s£ksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Sumpah' itu tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes berwarna putih dan dilihat mengenakan sut berwarna hitam.

Klik untuk gambar besar

Naim yang hadir ditemani ibunya, Nora Taherah yang mengenakan baju berwarna hitam dan bertudung hijau itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perbicaraan ini, sebaliknya kelihatan tenang sewaktu ditemui media.

Pada 3 Jun lalu, k£coh apabila seorang selebriti ditah@n polis selepas didakwa melakukan am@ng s£ksual terhadap seorang remaja perempuan dan kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Selangor.
M@ngsa berusia 17 tahun itu dikatakan mula berkenalan dengan selebriti terbabit di sebuah kafe yang juga tempat kerjanya.

Difahamkan, kejadian c@bul itu berlaku ketika kali pertama pertemuan antara susp£k dan remaja terbabit.

K£s masih dalam sias@tan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesal@han-kesal@han S£ksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.