18 June 2025

ISTERI RAHSIAKAN JANTINA ANAK SAMPAI SELAMAT BERSALIN - FIZO OMAR LUAH RASA SYUKUR TIMANG 'PUTERA' PULA



"Its a BOY (Bayi lelaki) πŸ‘ΌπŸ». Alhamdulillah πŸ™. Terima kasih diatas doa semua. Semalam pada jam 5.19 ptg, 17 Jun 2025, isteri saya, Fazeera telah pun selamat bersalin secara normal di Andorra Hospital bersama Dr Kamsiah Muda.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52kg. Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah, apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.

"Masya-Allah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan excited (seronok), sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.

"Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah, 3 girls and 1 boy datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yang melimpah ruah. Ameen.

Klik untuk gambar besar

"Credit tu wanita hebat, my lovely wife (isteri kesayangan saya) yang banyak berk0rban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.

"Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami, dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Ameen YRA."

Demikian tulis pelakon dan pengacara, Fizo Omar dimana dia memaklumkan berita gembira isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat malahirkan cahaya mata ketiga mereka yang merupakan bayi lelaki pada pada pukul 5.19 petang Selesa.
Bayi lelaki seberat 3.52 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 40, yang meluahkan rasa syukur, memberitahu, isterinya tidak pernah berkongsi jantina anak mereka itu sejak awal kehamilan.

"Hari bayi dilahirkan semalam juga menjadi gender reveal buat kami sekeluarga. Sebenarnya isteri rahsiakan jantina anak sebab dia mahu beri kejutan.
"Setiap kali pemeriksaan ketika hamil saya tidak akan lihat jantina. Malah barang-barang bayi yang baru beli pun dia akan sorokkan. Bagaimanpun saya sudah boleh agak. Maklumlah sebelum ini ada tiga anak perempuan.

"Apabila dia beriya nak buat kejutan saya sudah boleh rasa kali ini lelaki," jelasnya yang turut berkata, ia bagaikan sebuah penantian sebagai seorang yang bapa yang mahu anak lelaki dalam keluarga.

Malah, tambahnya lagi, dia yang teruja menyambut kelahiran bayi itu juga diberi peluang untuk membantu ketika proses isteri bersalin.
"Bukan sahaja dapat peluang sambut 'baby', tetapi saya rasa sendiri proses menarik bayi keluar. Kemudian saya yang bersihkan sendiri bayi. Semua proses ketika bersalin itu saya dapat rasa. Satu pengalaman yang cukup bermakna," ujarnya.

Untuk makluman, Fizo mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada Oktober 2021 dan pasangan ini telah pun memiliki dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo juga memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Mariam yang berusia 8 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.