"Tak sangka begitu drastik (pemergiannya). Sebagai isteri, harapan saya supaya suami sihat dan kembali kepada keluarga dalam keadaan baik, bagaimanapun, arwah pergi dalam keadaan sangat tenang, tiada kes@kitan langsung.
"Saya dan keluarga ikhlas segalanya, kes@kitan dia dari 2020 hingga hari ini hilang. Dalam tempoh itu dia aktif dan menguruskan dirinya sendiri. Sebelum dia pergi, tidak tunjuk apa-apa perubahan, cuma katanya semput."
Demikian tutur isteri kepada penyanyi popular era 90-an, Allahyarham Sheqal atau nama sebenarnya, Shaharim Sallehudin iaitu Normah Mohd Yussof, 58.
Kata Normah, hasrat arwah suaminya untuk pulang menetap di kampung halamannya di Kampung Tanjung Putus, Raub, Pahang tidak kesampaian apabila menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban, pada pukul 12.31 tengah hari tadi.
Jenazah Sheqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuning, Kampung Tanjung Putus, di sini kira-kira pukul 7.05 malam tadi, dalam suasana penuh pilu.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid Qariah Lechar pada pukul 5.50 petang dan disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada pukul 6.30 petang.
Arwah Sheqal meninggalkan seorang isteri dan empat orang cahaya mata iaitu dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al Kasyah hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Raja Ema, serta dua anak Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani, 20, daripada perkahwinan keduanya bersama Normah.
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal serta rakan artis, Aming dari kumpulan Spring.
Sementara itu, Normah memberitahu, arwah suaminya yang popular menerusi lagu 'Cinta Nusantara', pernah menyuarakan hasrat untuk kembali menetap di kampung halamannya selepas lebih 40 tahun merantau, selain mahu terus berkarya.
"Baru-baru ini, mak ada datang tengok keadaan dia. Ketika itu dia dalam keadaan ditidurkan lagi tapi kita nampak arwah seperti nak bangun sangat dan ada beri respons," ujarnya yang juga berkata, arwah Sheqal merupakan seorang yang baik hati dan sentiasa p0sitif dengan anak-anaknya.
Disamping itu, penyanyi terkenal, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, menyifatkan arwah Sheqal sebagai seorang karyawan seni serba boleh yang menjadi pelopor muzik nusantara dan kontemporari serta turut menyerlah dalam bidang seni lukis.
Nash yang mengenali Allahyarham lebih 40 tahun berkata Sheqal bukan sahaja berbakat besar, malah memiliki keperibadian yang mulia dan identiti seni tersendiri, selain pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada industri seni tanah air.
Klik untuk gambar besar
"Kita kehilangan seorang insan seni yang luar biasa. Saya pernah membuat persembahan bersamanya. Pada saya, persembahannya sangat kreatif dan unik dengan lenggok suara yang merdu dan tersendiri," katanya.
Selain itu, Fadzli juga menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negeri Pahang dan negara kerana Sheqal membawa kelainan dalam dunia seni menerusi lagu-lagu berbahasa indah.
Jelasnya, selain bergiat dalam nyanyian, Sheqal juga aktif menulis buku dan syair keagamaan dan beberapa karya beliau menjadi koleksi peribadi miliknya.
"Arwah memperkenalkan lagu-lagu dengan lirik yang cukup meruntun jiwa. Saya sendiri amat terk£san kerana sebagai pencinta bahasa, karya-karyanya menyentuh perasaan.
"Kerajaan negeri juga tidak pernah melupakan jasa beliau. Dua kali bantuan kebajikan dari kerajaan Pahang disalurkan bagi menampung kos perubatan arwah," ujarnya.
Bagi rakan seperjuangan Allahyarham, Aming Spring pula, dia turut meluahkan rasa kehilangan terhadap pemergian sahabat lamanya yang banyak mencipta kenangan bersama dalam program seni pada era 90-an.
"Saya banyak bersama arwah semasa awal kerjaya. Kami kerap muncul dalam program RTM dan dia antara insan yang banyak membantu saya ketika itu," kongsinya sebak.
Bukan itu sahaja, Aming turut berkongsi bahawa mereka sempat bertemu pada bulan Ramadan lalu dalam satu program berbuka puasa dan tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka.
Terdahulu, Allahyarham Sheqal yang berkerusi roda sejak beberapa tahun lalu selepas s£rangan angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020, dimasukkan ke hospital pada 5 Jun sebelum ditidurkan pada keesokan harinya akib@t k0mplikasi kesihatan.
Sheqal meninggal dunia pada usia 60 tahun akib@t jangk1tan kum@n dan k0mplikasi paru-paru berair di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini pada 12.31 tengah hari tadi dan dimandi serta disembahyangkan di Masjid Tuanku Ja'afar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.