17 June 2025

SELAMAT JALANI PEMB£DAHAN TULANG BELAKANG - ARRORA SALWA SEBAK LIHAT KEADAAN ANAK TIRI, SUDAH ANGGAP DAR4H DAGING SENDIRI



"Saya tak pernah anggap dia macam anak tiri. Tak tahu macam mana runtuh hati ini apabila dia terpaksa menjalani pemb£dahan untuk sihat macam orang lain.

"Saya gembira dan terharu sebenarnya melihat perkembangan p0sitif dia sebab beberapa hari lepas dia terbaring saja di katil."

Itulah kata Arrora Salwa, 39, ketika menjaga anak tirinya yang baharu sahaja selamat menjalani pemb£dahan tulang belakang pada 11 Jun lalu dan sikap prihatin penyanyi itu telah meraih perhatian ramai.

Berhubung itu, Salwa memberitahu, walaupun dia sekadar ibu tiri namun naluri keibuannya dapat merasai kes@kitan dan semangat juang yang sedang dilalui anak tirinya itu.

Jelasnya lagi, anak keduanya itu yang bernama Ahmed Esan Ahmed Mahfuz, 15, mula mengalami perubahan tulang belakang yang ketara pada tahun ini, sejak dia disahkan menghidap peny@kit scoli0sis sejak 2023.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Salwa yang berkongsi mengenai keadaan anaknya itu bersyukur apabila mereka sekeluarga mengambil langkah segera selepas mengetahui tulang belakang anaknya itu sudah membengkok sebanyak 67 darjah.

Tambahnya lagi, dia menyedari cara jalan dan postur badan anaknya itu mula berubah sejak awal tahun ini, sebelum berbincang dengan suami tentang rawatan yang perlu diambil.

"Dia pendiam sebenarnya, saya pula jenis memerhati. Bila berjalan dengan suami saya akan suruh dia jalan depan.

"Saya perasan cara jalannya dan postur badan dia lain, jadi saya suruh dia tunduk ke depan dan nampak perubahan tulang belakang dia.
"Sebelum ini memang tak ada s£nget, tahun ini baru nampak bengkok," kongsinya yang turut berasa bimbang dengan masa depan anaknya itu, dimana dia memberi kata dua agar Esan dapat membuat keputusan mengenai masa depannya.

Katanya, sebagai ibu dia sentiasa memberi semangat dari awal anaknya itu membuat keputusan untuk menjalani pemb£dahan.

"Saya ini t£gas orangnya, saya beri pilihan untuk dia beri jawapan kepada saya selepas tiga hari membuat keputusan. Selepas saya dan doktor jelaskan. akhirnya dia sendiri yang buat keputusan itu tanpa paksaan.

"Lagipun pada usia sekarang sangat sesuai kerana tulangnya masih fleksibel," ujar Salwa yang sebelum ini kerap berkongsi rutin harian menjaga anaknya itu di sebuah pusat perubatan sehingga mendapat perhatian pengikutnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.