"Selamat ulang tahun sayangku. 8 tahun dah sambut hari lahir bersama. 🥺❤️ Time really flies. We love you ayah, sihat tubuh badan selalu sayang, dan sukses dunia akhirat.
"Terima kasih kerana menerima kekurangan dan kelebihan I. I love you my husband. Tahun ni sambut berdua je jam 12 ❤️🫶 cara sederhana, cara kita ❤️🌸🫶🥹"
Itulah kata pelakon Fasha Sandha pada hantaran gambar yang dimuat naik di media sosial, dimana dia menyambut ulang tahun kelahiran suami tercinta, pelakon Fasha Sandha turut berkongsi kata-kata romantis buat aktor Aidil Aziz.
Lebih istimewa lagi, Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menitipkan sepucuk surat dengan tulisan tangan sendiri untuk suami tercinta.
Klik untuk gambar besar
"Sudah lapan tahun sambut birthday awak. Daripada muka chubby sampai muka kecut. Saya masih sayangkan awak. Saya harap kita akan tua bersama anak-anak dengan penuh harmoni dan berkasih sayang," tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Fasha meraikan ulang tahun Aidil yang ke-38 dengan membawa suaminya itu keluar makan berdua dan meluangkan masa bersama pada awal pagi Sabtu.
Ujar Fasha, dia mahu menikmati detik romantis tanpa membawa anak-anak : "Kali ini hanya kita bedua. Tiada kejutan. Hanya mahu bersama awak, romantis sikit."
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha Fasha itu, selain ada yang memuji kekemasan tulisannya dalam surat berkenaan.
"Seronoknya dapat luahkan rasa cinta terhadap suami melalui tulisan."
"Tulisan dia, sama jelita dengan rupanya," antara komen-komen netizen.
Untuk makluman, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada Mac 2019 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia lima tahun.
Fasha juga memiliki dua cahaya mata lain hasil perkahwinan terdahulu bersama Jejai atau nama sebenarnya, Rizal Ashram Ramli.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.