"Saya terkejut bila dapat berita Cik B dikejarkan ke hospital, waktu itu saya baru sampai di lapangan terbang. Kemudian saya terus hubungi pembantu di Malaysia dan doktor beritahu tulang Cik B r£tak di bahagian kepala lutut. Buat masa ini, Cik B masih ditahan di wad untuk pemantauan selanjutnya."
Demikian ujar usahawan sens@si, Datuk Seri Vida, 54, dimana dia terkejut selepas dimaklumkan anaknya, Cik B dikejarkan ke hospital akibat keced£raan s£rius.
Sebelum ini, Cik B dilaporkan terj@tuh ketika menyertai permainan sukaneka sempena program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Vida lagi, hasil pemeriksaan pakar di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak mendapati tempurung lutut kaki kiri Cik B retak dan kini sedang menerima rawatan lanjut di wad.
Tambah Vida, mengikut saranan doktor, anaknya itu memerlukan tempoh rehat sekurang-kurangnya selama tiga bulan dan buat masa ini Cik B perlu menggunakan kerusi roda serta pendakap lutut bagi membantu pergerakan.
"Kalau ikut nasihat doktor, Cik B perlu berehat daripada aktiviti lasak selama tiga bulan. Jadi buat masa ini Cik B perlu gunakan kerusi roda untuk bantu dia bergerak. Cik B juga perlu gunakan pendakap lutut buat sementara waktu," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.