Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di media sosialnya meluahkan rasa kec£wa, selepas tujuh tahun, individu tersebut masih belum melunaskan hut@ng kepadanya.
Dedah Amir, situasi yang dialaminya berkaitan sebuah pementasan teater yang dikendalikannya bersama rakan kongsi sekitar tujuh tahun lalu.
"Ini kerja kawan-kawanlah kiranya. Saya jadi 'tauke panggung' untuk sebuah pementasan teater. (Tauke panggung ini lebih kurang macam pengacara jugalah)
"Yang buat teater itu pula, ialah kawan kepada kawan saya yang kebetulan jadi 'tauke panggung' bersama saya dalam projek ini. Waktu itu, bayaran memang lambat sedikit.
"Tapi selepas saya sias@t, rupa-rupanya bayaran yang belum diselesaikan adalah bahagian rakan kongsi saya tu. Logik juga, sebab yang buat teater tu kawan dia. Mungkin mereka dah ada perjanjian sendiri sesama mereka untuk tangguh bayaran," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
"Bila perkara tu dah kantoi, dan saya tanya, dia mengaku yang dia dah guna duit itu dulu," kata Amir yamg turut menyatakan masih ada baki ratusan ringgit yang belum dilangsaikan hingga ke hari ini, meskipun pernah diberi sedikit bayaran.
Tambahnya, apa yang lebih mengec£wakan, individu terbabit aktif dalam persatuan artis tetapi gag@l menunjukkan sikap amanah, selain turut menyind1r sikap individu terbabit yang seolah-olah tidak bertanggungjawab terhadap hut@ng walaupun mempunyai pendapatan tetap daripada kerjaya seni.
"Padahal dia punya kerja sitkom dah banyak musim dia buat. Bukan orang tak perhatikan. Cuma sengaja kita diam sebab nak tengok perangai sebenar dia macam mana.
"Kalau bagi RM10 sebulan pun, dah lama selesai kot sekarang ini," ujarnya yang setakat ini tidak mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan, namun hantaran itu jelas menunjukkan rasa kec£wa dan harapan agar perkara itu dapat diselesaikan segera secara baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.