26 July 2025

BEEGO PERS0ALKAN DI MANA TANGGUNGJAWAB ISTERI : "LINDA KATA DIA MASIH ISTERI YANG SAH, KALAU BETUL KENAPA TAK BALIK RUMAH?"



Pelakon Linda Hashim sebelum ini mendakwa suaminya yang juga pelakon, Beego bersikap sambil lewa dalam membayar nafkah anak, dimana dia turut mendedahkan terpaksa menggunakan duit sendiri untuk memberi anak-anaknya makan dan juga membeli barangan dapur.

Berhubung itu, Beego atau nama sebenarnya, Mohammaf Aszerul Nizam, tampil mempertahankan diri dengan mempers0alkan semula dimana isterinya sepanjang sembilan bulan mereka berdepan mas@lah rumah tangga.

"Linda kata dia masih isteri yang sah, kalau betul kenapa tak balik rumah? Sembilan bulan saya tunggu. Di mana tanggungjawab isteri itu? Dia tiada di rumah sedangkan saya masih duduk sendiri sepanjang tempoh itu. Saya panggil balik secara elok, tapi dia tak mahu," ujarnya.

Dalam pada itu, Beego turut meluahkan rasa k£sal kerana suk@r untuk berkomunikasi dengan isterinya itu untuk selesaikan mas@lah mereka, selain menjelaskan dia ada memberi nafkah setiap bulan dimana mereka hanya berhubung melalui anak sulung.

Klik untuk gambar besar

"Saya beri duit nafkah setiap bulan dan ada bukti. Selama 9 bulan ini tak pernah nak berinteraksi dengan saya. Kami hanya berhubung melalui anak sulung. Bila nak duit, dia akan minta. Dia sendiri tak mainkan peranan seorang isteri," maklumnya.

Disamping itu, Beego juga berkata, dia tidak setuju dengan tindakan Linda berkongsi secara terbuka mengenai kisah rumah tangga mereka sehingga boleh menimbulkan sal@h faham.

"Adakah dia buat semua ini untuk prov0ke orang luar supaya saya nampak burvk? Atau adakah ini caranya untuk saya lepaskan dia? Saya cuba sebaik mungkin untuk selamatkan perkahwinan. Saya faham dia tak mahu, tapi perlu ke k£ruhkan keadaan lagi," tuturnya.
Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman. Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu dan sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.