"Bulan Ramadan lalu, bapa saya dis£rang gastrik hingga hilang selera makan. Ayah jenis tidak suka berkongsi sangat (mas@lah kesihatan) dengan anak-anak.
"Waktu itu pun dia asyik batuk sahaja, tapi dia bukan dijangk1ti tibi sebaliknya dis£rang gastrik. Selain itu, ayah juga ada mengadu dia tengah str£s fikir tentang mas@lah duit."
Demikian jelas anak kepada pelakon Dharma Harun iaitu Syafiq Dharma, dimana dia memaklumkan bapanya mengalami mas@lah kesihatan sejak Mac lalu akib@t tert£kan memikirkan soal mas@lah kewangan yang dihadapi.
Malah, kata Syafiq atau nama sebenarnya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, berat badan bapanya juga turun mendadak dan kini hanya 45 kilogram (kg) selepas mengalami gastrik dan batuk berpanjangan.
Dalam pada itu, Syafiq juga mengakui, dia terpaksa berkongsi kisah kesusahan mereka secara umum, meskipun dirinya sebenarnya malu melakukannya kerana tidak mempunyai pilihan lain.
Ujarnya lagi, dia terpaksa melunaskan baki sewa rumah berjumlah RM1,300, sebelum diminta keluar daripada kediaman itu pada akhir Julai ini.
"Saya sebenarnya malu sangat nak cerita fasal ini kerana orang akan tahu saya susah. Tapi ini jalan terakhir kerana sudah tiada cara lain. Saya ada masa kurang sebulan sahaja untuk keluar daripada rumah sewa ini.
Klik untuk gambar besar
"Macam mana saya nak uruskan cari rumah baru dan kemas barang-barang untuk berpindah keluar. Bagaimana pula saya nak bekerja cari duit untuk selesaikan bayaran sewa dalam masa singkat ini?" ujarnya.
Bagaimanapun, Syafiq meluahkan rasa syukur apabila nasib keluarganya itu mendapat perhatian pihak Baitulmal yang mahu membantu membiayai kos sewa di rumah baharu kelak.
Tuturnya, sebelum ini mereka ada menerima bantuan sebanyak RM700 daripada Baitulmal untuk keperluan bulanan.
"Alhamdulillah saya bersyukur kerana pihak Baitulmal sudi memberi bantuan untuk menguruskan rumah sewa baharu. Sebelum ini pun kami sudah menerima bantuan RM700 daripada Baitulmal.
"Saya pujuk ayah beritahu kita terpaksa duduk di rumah lebih murah, ayah saya pun okay sahaja. Saya dan kakak ada juga mencari beberapa rumah yang sesuai.
"Kami sekeluarga bersyukur sekurang-kurangnya selepas ini tidak perlu lagi terb£ban dengan mas@lah duit sewa rumah," tuturnya.
Syafiq sebelum ini memuat naik hantaran di media sosial miliknya, dimana dia memohon jasa baik pemilik rumah memahami keadaan mereka yang memerlukan sedikit masa bagi melangsaikan bayaran sewa.
Kongsinya, sebagai seorang pelajar dia tidak mampu melunaskan bayaran sewa dalam masa singkat, tambahan pula pemilik rumah itu didakwa tidak mahu memberi kerjasama.
Terdahulu, media melaporkan Dharma mengalami mas@lah suk@r bertutur dengan lancar selepas s£rangan angin ahmar pada 2019.
Pelakon filem 'Adik Manja' itu turut memaklumkan, dia kini menghidap gastrik, asma, termasuk mengalami b£ngkak pada bahagian jantung dan paru-paru serta turut menghidap tir0id.
Dharma dilaporkan tinggal bersama dua orang anaknya iaitu Syafiq dan Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaaan (Aswara).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.