19 July 2025

BILA ALIFF AZIZ 'LARI' DARIPADA MEDIA



Penyanyi dan pelakon sens@si, Aliff Aziz yang baru-baru ini hadir pada acara minggu fesyen, KL Mens Fashion Weeks Grand Launch di sebuah hotel di ibu kota telah menjadi perhatian pihak media.
Aliff yang difahamkan muncul di acara terbabit sebagai model untuk peragakan baju, bagaimanapun memilih untuk berlalu pergi apabila pihak media cuba untuk mendapatkan kenyataannya berhubung isu yang membabitkan dirinya.

Malah, bekas suami kepada Bella Astillah itu juga dikatakan beberapa kali mengelak daripada pihak media ketika ditemui pada majlis berkenaan serta tidak mahu mengulas sebarang isu berkaitan hak penjagaan anak.

Sebelum ini, rata-rata netizen meninggalkan komen di media sosial Aliff selepas penyanyi kelahiran Singapura itu dilihat tidak memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara.

Sementara itu, ibunya iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa kec£wa apabila ada pihak cuba menabur fitn@h terhadap keluarganya apabila ada hantaran mendakwa dia mengatakan Aliff mempunyai hak untuk menambil kembali cucu-cucunya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.