"Saya dah bercerai dan sudah tiada kaitan dengan bekas suami! Saya pun tak tahu dia tinggal di mana. Tolonglah pada yang nak cari dia minta hut@ng, jangan cari saya sebab saya tak tahu apa-apa.
"Hari ini banyak masuk mesej orang cari dia, bunyi macam 'ah long' minta hut@ng pun ada. Tolong jangan g@nggu ketenteraman saya, hut@ng saya sendiri pun bekas suami buat tak tahu.
"Nafkah anak pun tak diberi, bulan ini masuk bulan keempat. Saya bukan nak minta simpati, tapi saya nak minta tolong jangan g@nggu saya dan anak-anak dah."
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Elliza men£gaskan status mereka sudah lama bercerai dan memohon pihak berkenaan tidak melibatkan dirinya dalam urusan menuntut kembali wang mereka.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana dia katanya, status dimuat naik itu adalah bertujuan agar dia tidak lagi dig@nggu oleh mana-mana pihak yang menuntut hut@ng.
Berhubung perkara itu juga, Elliza meluahkan perasaan tert£kan, selain menjelaskan, dia langsung tidak tahu menahu mengenai sebarang hut@ng membabitkan bekas suaminya dan merayu agar dirinya tidak terus dikaitkan dengan perkara itu.
"Demi Allah, saya sudah tidak tahan lagi untuk berdepan dengan hal berkaitan dirinya! Saya mohon sangat-sangat agar kalian semua doakan keselamatan saya dan anak-anak," tuturnya.
Disamping itu, Elliza turut berharap orang ramai menghormati privasinya dan memberi ruang untuk dia membina kehidupan baharu bersama anak-anak selepas melalui fasa perceraian yang suk@r.
Difahamkan, Elliza melakukan pelbagai pekerjaan antaranya sebagai penyanyi, pengalih suara dan menjual pr0duk wangian bagi menampung kehidupan bersama dua anaknya.
Untuk makluman, Elliza mendirikan rumah tangga dengan Khairul pada 11 November 2011, namun mereka disahkan bercerai pada Februari tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.