21 July 2025

"DIRI INI SEDAR BANYAK KEKURANGAN..." - PABLO AMIRUL BERSYUKUR PUNYAI PASANGAN YANG MEMAHAMI, DR HANA BANYAK UBAH JADI LEBIH BAIK



"Berkongsi kenangan yang perlu sahaja untuk perkongsian di sini. Mengenali insan istimewa ini banyak mengubah kehidupan sebelum ini. Setiap pengalaman berbeza, yang pasti mematangkan dari yang sebelumnya."
Demikian tutur pelakon Pablo Amirul, 40, menerusi perkongsian di Thr£ads, dimana dia meluahkan rasa syukur mempunyai insan istimewa dalam hidupnya iaitu kekasih hatinya, Dr Hana Rose.

Akui Pablo, dirinya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, namun bersyukur mempunyai pasangan yang memahami yang membawa banyak perubahan p0sitif dalam hidupnya serta mematangkan dirinya.

"Diri ini sedar banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Hanya mampu ucap syukur dan menghargai setiap hari," tulisnya.

Terdahulu, Pablo berkongsikan, setiap bulan dia berulang alik sejauh 1,628 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan kekasih hatinya.

Kata Pablo, dia berusaha mengimbangi antara kerjaya dan cinta serta berlaloi lakukan demi kekasihnya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.