06 July 2025

ENGGAN MOHON MAAF - MAN SENOI ANGGAP PERMINTAAN ITU LANGSUNG TAK MASUK AK4L



"Untuk apa saya dan isteri mohon maaf? Bagi saya permintaan itu langsung tidak masuk ak@l. Selepas ini. saya tidak mahu buat kenyataan lagi kerana tidak mahu beri publis1ti secara percuma kepada mereka (4U2C)."

Demikian ujar komposer Man Senoi dimana dia menganggap tiada keperluan untuk dia dan isterinya, Mama Rap membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kumpulan 4U2C berhubung isu hak cipta dan pemilikan lagu yang dibangkitkan, seperti dituntut pada sidang media terg£mpar, baru-baru ini.

Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri, 72, sebaliknya menyifatkan permintaan dibuat anggota kumpulan hip hop itu, sebagai tidak masuk ak@l, selain mahu menamatkan kontr0versi itu kerana enggan kek£cohan timbul memberi publis1ti kepada kumpulan hip hop terbabit.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Man Senoi berkata, 4U2C boleh meneruskan konsert dan menyanyikan lagu ciptaannya tetapi perlu menggunakan muzik 'live'.

"Mereka kena guna muzik 'live', bukan 'sound recording' (rakaman) asal. Kalau ada selingan yang hendak menggunakan 'sound recording' asal, kena rujuk kepada saya terlebih dahulu kerana saya ada hak di situ.

"Saya bercakap bukan atas dasar suka-suka, sebaliknya, berpandukan fakta. Mereka tidak boleh pakai muzik asal, tetapi, jika hendak gubah baharu, tiada masalah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.