17 July 2025

FAIL TUNTUTAN NAFKAH ANAK, NAFKAH IDDAH DAN MUTA'AH - BEKAS MADU MIERA LEYANA TUNTUT AMAUN SETIMP4L DENGAN PENG0RBANAN, TEMPOH USIA PERKAHWINAN



Bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, 52, memfailkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah terhadap bekas suaminya, Rosland Othman, 52, selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan kekal tiga anak pada Februari lalu.

Perbicaraan sebutan pertama k£s tuntutan berkenaan diperdengarkan di hadapan Hakim Syarie, Dr Roziana Mat Amin di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya, semalam selepas Adibah memfailkannya pada 25 Jun lalu.

Peguam mewakili Adibah, Nur Sakienah Hasnun Saifuddin memaklumkan, perbicaraan semalam adalah sebutan pertama bagi ketiga-tiga k£s iaitu nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah yang difailkan plaintif (Adibah).

"Semua sebutan (nafkah anak, nafkah iddah) termasuk muta'ah adalah kali pertama. Kita laporkan penyampaian yang sudah berjaya dibuat (untuk tuntutan difailkan) kepada pihak peguam dilantik mewakili defendan (Rosland).

"Seterusnya, untuk hari ini (perbicaraan semalam) juga pihak defendan akan memasukkan pembelaan dan bagi sebutan kes muta'ah di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada 13 Ogos depan.

"Ia hanya untuk sebutan sahaja bagi pihak defendan memasukkan pembelaan mereka (13 Ogos) dan kita kemudiannya akan membal@s pembelaan itu," katanya.

Menurut Nur Sakienah, bagi sebutan k£s tuntutan nafkah anak dan nafkah iddah pula akan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya pada 26 Ogos depan untuk anak guamnya (Adibah) menjawab pembelaan.

Ditanya berapa jumlah sebenar tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah yang difailkan Adibah terhadap bekas suaminya, Nur Sakienah berkata, apa yang dituntut berkenaan adalah jumlah sewajarnya berdasarkan keperluan plaintif dan anak-anak.

"Kita tuntut satu jumlah (kepada pihak defendan), namun itu perlu ditetapkan oleh mahkamah," ujarnya memaklumkan tuntutan muta'ah adalah saguhati akib@t perceraian yang boleh dituntut berdasarkan peng0rbanan (isteri) dan tempoh perkahwinan," tuturnya.

Pada perbicaraan itu, Adibah hadir bersama anak keduanya, manakala Rosland tidak hadir kerana difahamkan kurang sihat dan hanya diwakili peguamnya daripada Tetuan Amli and Associates.

Sementara itu, Adibah menyifatkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah yang difailkan terhadap bekas suami adalah inisiatif yang wajar diambil pihaknya.

Kata Adibah, perceraiannya dengan Rosland yang sudah berlaku lebih setahun sejak 3 Ogos 2023, tidak mendapat nafkah iddah daripada lelaki itu dan sebagai bekas isteri, dia berasakan perlu bertindak untuk menuntut hak yang patut.

"Saya ambil inisiatif ini (failkan tuntutan nafkah anak, nafkah iddah dan muta'ah) sebab macam iddah itu sudah setahun lebih sejak dia (Rosland) jatuhkan talak pada 2023. Jadi, dia pun buat senyap sahaja, maknanya tak ada apa-apa nafkah untuk saya.

"Maka, kita memang kena ambil inisiatiflah untuk dapatkannya. Sebab selepas cerai, untuk nafkah iddah memang tiada jumlah 'official'. Begitu juga dengan nafkah anak daripada bekas suami tiada jumlah 'official' yang ditetapkan juga.

Klik untuk gambar besar

"Tapi, kita kena mintalah nafkah anak itu dan dia akan bayar mengikut jumlah diminta. Jadi, apa yang saya buat ini untuk kita 'make it clear' dan kita nak terperinci (jumlah nafkah anak) supaya betul-betul cukup untuk saya dan anak-anak teruskan kehidupan," jelasnya.

Dalam pada itu, Adibah berkata, dia akan terus berjuang untuk hak dirinya dan anak-anak ketika ditanya mengenai kesanggupannya turun naik mahkamah sebagaimana k£s mendapatkan hak penjagaan kekal anak sebelum ini.

"K£s ini (tuntutan nafkah) baru bermula. Alhamdulillah, 'we were keep fighting' dan kali ini juga tuntutan difailkan di Mahkamah Syariah Putrajaya yang lebih dekat dengan kediaman saya.

"Cuma, penerimaan pihak sana (bekas suami) pada mulanya agak sus@h juga macam bila penghantar n0tis (tuntutan) nak hantar n0tis kepadanya, dia tidak terima dan tiada di rumah. Tapi, akhirnya dia dapat n0tis pada 30 Jun lalu.

"Dia (Rosland) juga sudah buat wakalah (perwakilan) dengan peguamnya dan dia terima," katanya yang merahsiakan jumlah tuntutan diminta sebagai plaintif kepada pihak defendan berhubung k£s difailkan itu.

Menurut Adibah lagi, dia menuntut jumlah yang setimp@l untuknya dan anak-anak mengikut peng0rbanan dan tempoh perkahwinan dibina itu sebelum bercerai.

"Saya rahsiakan jumlah tuntutan itu kerana terlalu 'confidential' (sulit) untuk dikongsi bagi menghormati kedua-dua belah pihak. Tapi, ia setimp@l dengan peng0rbanan dan tempoh usia perkahwinan itu.

"Apapun, saya mengharapkan perjalanan k£s ini di mahkamah berjalan lancar dan hakim faham dengan jumlah tuntutan dibuat. Kita bukan saja-saja letak amaun itu, tetapi ia setimpal," ujarnya.

Sehubungan itu, perbicaraan seterusnya k£s tuntutan nafkah anak dan nafkah iddah difailkan disebut semula pada 26 Ogos depan di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya.

Manakala, sebutan k£s tuntutan muta'ah Adibah pula akan diperdengarkan hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya yang difahamkan membabitkan jumlah amaun tertentu.

Untuk makluman, Adibah dan Rosland sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2023.

Mereka sebelum itu sudah hidup bersama selama 28 tahun selepas mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun, Rosland yang juga ahli perniagaan berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.