"Banyak sangat tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada tiga anak-anak kami yang selama ini diab@ikan. Saya kasihan dengan anak-anak. Bapa mereka ab@ikan persekolahan.
"Anak s@kit pun, dia tidak peduli, tidak bawa pergi klinik, apa semua. Jadi saya g£ram dan buat hantaran di media sosial. Saya tanya mana bapa budak-budak ini. Sebab bila saya bercakap dengan Beego, hanya dia sahaja yang betul."
Itulah ujar pelakon Linda Hashim, 41, dimana dia tampil membid@s suaminya yang juga pelakon, Beego yang mengeluarkan kenyataan menyal@hkan dirinya menerusi media sosial.
Kata Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, sebagai suami, Beego patut tahu kesal@han yang menyebabkan timbulnya k0nflik dalam rumah tangga mereka.
Tuturnya lagi, Beego mendakwa memberi nafkah untuk anak-anak tetapi jumlahnya tidak sesuai dengan keadaan sekarang.
Klik untuk gambar besar
"Kos kenderaan anak ke sekolah, pengasuh, saya yang tanggung sepenuhnya. S@kit anak, klinik, apa semua, resit semua ada, saya tanggung sepenuhnya.
"Duit yang dia pindahkan betul-betul, saya pergi beli susu anak. Susu anak dia dah lebih RM100. Duit lauk, kalau ada baki lagi RM300 hanya untuk seminggu saja. Anak-anak bukan makan sekali sahaja sehari," ulasnya.
Sebelum ini, Beego menerusi media sosialnya tampil memberikan jawapan terhadap hantaran isterinya itu, antaranya berkenaan nafkah yang didakwa diberikan setiap bulan.
Beego juga mendakwa tidak mendapat nafkah batin sebagai suami, mempertik@i tindakan Linda keluar rumah tanpa izin sejak sembilan bulan lalu dan kesuk@ran berkomunikasi dengan isterinya itu akib@t dis£kat di semua medium kecuali Facebook.
Berhubung dakwaan Beego itu, ibu kepada tiga orang anak perempuan ini berkata, dia mempunyai jawapan terhadap semua persoalan terbabit.
"Selama 12 tahun hidup dengan dia dah macam-macam saya lalui. Setakat sembilan bulan, apalah sangat. Sejak kahwin dengan dia, anak saya yang sulung baru tiga bulan dalam perut dia dah mula buat hal," jelasnya yang turut mendakwa mempunyai banyak bukti kecur@ngan Beego.
Untuk makluman, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.