07 July 2025

"MAMI (YANA SAMSUDIN) SIHAT & BABY (ANAK DALAM KANDUNGAN) PUN SIHAT" - FADZIL ZAHARI KONGSI KEADAAN ISTERI YANG SEMAKIN SIHAT, DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL



"Alhamdulillah... Yana beransur sihat. Dia berada di wad selama tiga hari dan selepas doktor menilai keadaan kesihatannya, barulah dia dibenarkan balik rumah. Mami (Yana) sihat dan baby (anak) pun sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan mereka."

Demikian jelas suami kepada pelakon Yana Samsudin, 40, iaitu Fadzil Zahari dimana dia berkongsi keadaan isterinya yang kini semakin baik selepas menerima rawatan dan sudah keluar wad dan kini berehat di rumah.

Yana yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta kerana mengalami dehidrasi pada 25 Jun lalu, sudah dibenarkan keluar wad dan kini berehat di rumah.

Sebelum ini, Fadzil memaklumkan, Yana yang kini hamil anak keempat dimana kandungannya itu berusia lebih lima bulan, mulanya mengadu dem@m panas dan s@kit-s@kit sendi serta badan sebelum dimasukkan ke wad.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan Yana yang popular menerusi filem 'Adnan Sempit' itu mengalami dehidrasi dan perlu dimasukkan ke wad.

Maklum Fadzil lagi, Yana sudah dirawat selama dua hari di wad tetapi memberitahu, dia masih berasa letih lagi dan tidak boleh cakap banyak.

Fadzil turut memuat naik perkongsian di media sosial meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan isterinya yang dimasukkan ke wad.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Yana yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa, selain terbabit dalam perniagaan selepas berkahwin itu menerusi media sosial miliknya, mengucapkan terima kasih serta mendoakan untuk pengikutnya.

"Alhamdulillah ☺️ terima kasih semua yang mendoakan Yana... syukur dah sihat kembali... yana doakan korang semua sentiasa sihat, di mewahkan rezeki dan mendapat kasih sayang melimpah ruah...

"Buat yang struggl£ nak dapat zuriat, Yana doakan korang dapat anak kembar πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ» tahun ni 🀲🏻

"Yang tak jumpa lagi jodoh, Yana doakan korang jumpa jodoh yang sesuai dan baik 🀲🏻 (doa buat ansingle sahaja, yang dah ada bini tu ko doa la sendiri).

"Yang struggl£ dalam bisnes atau kerja tak cukup income, Yana doakan projek dan gaji korang berlipat kali ganda tahun ni Insya-Allah 🀲🏻🀲🏻🀲🏻," tulis Yana.

Untuk makluman, Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 9, Aura Aisy Sofea, 5, dan Aisy Hakeem yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.