"Sekarang saya baru sedar betapa sus@hnya nak istiqamah. Sebelum ini saya selalu baca artikel tentang selebriti yang berjuang untuk kekal dengan imej bertudung.
"Insya-Allah doakan saya terus kuat dengan imej ini. Saya sangat terharu apabila melihat maklum balas peminat dan netizen yang mendoakan saya. Sedikit sebanyak menguatkan semangat saya kembali."
Demikian tutur penyanyi Kilafairy yang men£gaskan, dia masih kekal bertudung biarpun pernah terlintas di hati untuk membuka hijab baru-baru ini.
Jelas Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan, 33, atas sokongan dan kata-kata semangat penyokong memberikan kekuatan untuk terus dengan imej bertudung.
Dalam pada itu, Kilafairy juga memohon orang ramai mendoakan agar dirinya terus kuat dengan ujian yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
"Saya berkongsi kerana mahu faham daripada pelbagai sudut pandang. Saya ingin buat keputusan dengan hati yang tenang dan terbuka, sambil kekal menghormati agama, keluarga dan diri sendiri.
"Cuma saya masih belum buat apa apa keputusan buat masa sekarang. Saya mohon doa agar saya terus kuat," katanya yang dalam masa sama turut men£gaskan pemergian ibu tercinta yang juga penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil memberi kesan kepada hidupnya.
"Kehilangan mama memang memberi kesan kerana selama ini dialah insan yang akan mengingatkan dan menasihati saya. Namun saya masih ada ayah, kakak dan adik-beradik mama. Mereka adalah sumber kekuatan saya dan kehilangan mama bukanlah penyebab terc£tusnya rasa nak buka tudung," jelasnya.
Sebelum ini, kenyataan Kilafairy di platform media sosial berhubung soal iman yang g0yah menc£tuskan persoalan dalam kalangan netizen, terutama apabila dia menulis seakan-akan sedang berg£lut dengan identiti diri dan keputusannya untuk terus bertudung.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.