"Doakan Janna dapat baby macam kamu ye," itulah kata pelakon dan pengacara Janna Nick dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, dimana dia meminta kambing betina diberi nama 'Maryam' mendoakannya dikurniakan zuriat.
Tindakan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, bercakap dengan kambing putih itu telah mencur1 perhatian ramai.
Video tersebut kemudian menerima ratusan komen menyentuh hati dan luahan para pengikut yang rata-ratanya mendoakan agar Janna dikurniakan rezeki cahaya mata.
"Apa ni kambing ja pun tapi sedih bahagian doakan saya dapat baby. Saya boleh rasa perasaan awak. Saya pun pejuang pasangan sedang cuba hamil (TTC). Saya doakan awak ye semoga dapat zuriat. Doakan saya jugak ye.
Klik untuk gambar besar
Video yang tular di media sosial itu sudah menerima lebih 900 komen dengan 700,000 tontonan selepas tersentuh dengan kejujuran dan harapan yang dikongsikan Janna.
Difahamkan, kambing berkenaan digunakan untuk telefilem arahannya berjudul 'Susu Lima Kupang' yang akan ditayangkan di TV3 malam ini.
Untuk makluman, Janna mendirikan rumah tangga dengan pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 dan kini dalam usaha menimang cahaya mata pertama mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.