15 July 2025

MINTA STESEN TV SEGERA BUAT BAYARAN - AMIR RAJA LAWAK TAK MAHU ANSURAN ATAU DISKAUN, DEDAH BAPA HIDAP KANS£R USUS



"Ini soal hidup dan m@ti bapa saya. Ini juga soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah. Saya tak minta duit kami. Saya tak minta pinjam duit. Saya minta duit dan hak saya.

"Tak perlu saya jelaskan keadaan abah atau apa yang kami sekeluarga tengah hadap. Semua boleh tahu keadaan pes@kit kans£r usus bagaimana."

Itulah kata pelawak Amir Raja Lawak, dimana dia akhirnya mendedahkan faktor utama dia menuntut bayaran tertunggak dari sebuah stesen televisyen adalah untuk menanggung k0s perubatan bapanya yang sedang s@kit.

Kata Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 35, dia mahu bayaran penuh berjumlah RM18,000 dari pihak berkenaan sebagai usaha untuk rawatan bapanya yang menghidap kans£r usus.

Klik untuk gambar besar

Berkongsi luahan tersebut di media sosial berserta gambar bapanya yang duduk di atas kerusi roda, Amir turut memberitahu, selepas dia memuat naik hantaran sebelum ini, pihak berkenaan ada menghubungi dan menawarkan bayaran ansuran berjumlah RM3,000.

"Saya nak RM18,000 penuh tanpa diskaun atau bayar ansur-ansur sebab kec£masan. Selepas viral, mereka ada nak beri RM3,000 tetapi saya tak mahu. Sebabnya sebelum ini pernah beri RM5,000 awal tahun lepas. Kemudian sampai sekarang belum dapat apa-apa lagi," ujarnya.

Dalam hantaran sebelum ini, Amir meminta pihak berkenaan membuat bayaran segera serta memberitahu ia bertujuaan untuk membantu keluarga.

Difahamkan, wang tersebut merupakan bayaran bagi penglibatannya dalam sebuah program bersama stesen televisyen berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.