"Belum lagilah nak kahwin. Semua itu tak betul. Selagi tiada apa-apa yang keluar dari mulut saya mengenai perkahwinan, memang belum ada perancangan.
"Kalau nak kahwin nanti, saya tak akan sorok. Berita gembira (nak kahwin), mestilah saya kongsi. Cuma, buat masa sekarang selagi saya tak cakap apa-apa, maknanya belum lagilah."
Demikian jelas pelakon Chacha Maembong, 29, dimana dia belum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama kekasihnya walaupun sudah timbul khabar angin mengenai perkara itu.
Kata Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, dia sendiri pun tidak tahu-menahu berhubung perancangan perkahwinannya yang didakwa bakal berlangsung pada tahun ini.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Emma Maembong ini bagaimanapun menghormati pihak yang menyebarkan berita berkaitan perkahwinannya itu, tetapi apa yang pasti, ia tidak benar dan khabar angin semata-mata.
Disamping itu, Chacha turut mengulas mengenai tindakannya yang kini memilih tidak terlalu terbuka berkongsi kisah percintaannya, dimana memaklumnya, dia banyak belajar daripada pengalaman lalu dan lebih baik berhati-hati.
"Sebelum ini, memang saya pernah bertindak terlalu terbuka bercerita soal peribadi. Tetapi, akhirnya hubungan itu tak jadi. Maka, sekarang saya tak mahulah asyik nak kongsi kisah peribadi dan biar berkaitan karier dulu.
"Alhamdulillah, saya pun aktif lagi dalam kerjaya lakonan dan nantikan tayangan drama 'Mandul Bukan Pilihan'.
"Semoga drama ini mendapat sambutan baik daripada penonton dan watak saya pun bukanlah antag0nis," ujarnya yang membawa watak Alma dalam 'Mandul Bukan Pilihan' yang diarahkan Osman Ali.
Selain Chacha, drama adaptasi novel 'Mandul Bukan Pilihan' itu yang bakal disiarkan Astro mulai 14 Julai ini, turut dibintangi barisan pelakon lain sepertiHun Haqeem, Mira Filzah, Ayda Jebat, Ashraf Muslim, Normah Damanhuri, Wan Raja dan ramai lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.