22 July 2025

PEMBELIAN JET PERIBADI HASIL JUALAN JERUK MANGGA DIPERS0ALKAN - ALIFF SYUKRI JANJI AKAN JAWAB JUMAAT INI : "PERKARA INI BESAR, NILAI JUTAAN RINGGIT & LIBATKAN RAMAI ORANG"



"Ini memang impian saya sejak dulu lagi. Saya cuma berkongsi kisah hidup, tak sangka pula ia jadi viral. Tapi jika nak tahu lebih lanjut, tunggu hari Jumaat. Ini bukan perkara kecil sebab ia juga berkaitan perniagaan besar.

"Sebenarnya kalau saya beritahu awal, nanti orang kata saya riy@k. Kalau saya diam, orang kata saya tipu. Cuk@i pun kejar. Saya harap rakyat Malaysia doakan yang baik-baik. Perkara ini besar, nilai jutaan ringgit dan melibatkan ramai orang.

Demikian ujar usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri, 37, dimana dia bakal menjawab segala persoalan mengenai pembelian jet peribadi yang menc£tuskan pelbagai sp£kulasi dalam kalangan netizen baru-baru ini.

Jelas Aliff, pengumuman berhubung dakwaan pembelian pesawat mewah itu akan dibuat pada Jumaat ini kerana perkara tersebut melibatkan banyak pihak dan nilai urus niaga jutaan ringgit.

Ulasnya lagi, impian untuk memiliki jet peribadi sudah lama dipendam dan apa yang dikongsi di media sosial hanyalah catatan peribadi sebagai seorang usahawan.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, Aliff menc£tuskan tanda tanya apabila memuat naik video menaiki jet peribadi bersama isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anak dengan kapsyen mendakwa ia hasil jualan jeruk mangga harumanis.

Bagaimanapun, segelintir netizen mempers0alkan kebenaran kenyataan tersebut dan menyifatkan ia sekadar gimik pemasaran.

Berhubung itu, Aliff tampil mengulas lanjut dengan mengatakan dia tidak menafikan jualan jeruk mangga harumanis yang diusahakan memberi imp@k besar kepada perniagaan mereka sekeluarga.

"Saya mula berniaga jeruk mangga secara kecil-kecilan, hanya secara dalam talian. Tak sangka ia capai jualan jutaan ringgit. Orang selalu pandang rendah berniaga jeruk ini, kononnya kerja kampung. Tapi ini bukti hasil titik peluh berniaga," katanya.
Disamping itu, Aliff berkata, dia sebenarnya tidak sangka perniagaan jeruk mangga harumanis yang diusahakannya itu melangkaui jangkaan ditetapkan, selain dia juga p£lik apabila tetap dipandang rendah kerana perniagaan itu.

"Sejujurnya saya tak ada pun niat nak tunjuk hasil jualan itu saya dapat beli jet peribadi. Saya teruja kerana macam mana jualan jeruk itu boleh dapat jutaan ringgit.

"Bukan senang kerana saya hanya berniaga secara dalam talian dan orang memandang rendah kerana jualan begini orang kampung saja. Walaupun ia sekadar jeruk, tapi ini sungguh bermakna," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aliff turut mengumumkan hasrat untuk mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records menerusi kategori 'Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung'.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini pada pukul lapan malam menerusi media sosial dengan memperkenalkan koleksi eksklusif 'Samma Bag Denim Edition'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.