17 July 2025

REBAH KETIKA 'SH00TING' - AISHA RETNO KELETIHAN, TIDAK DAPAT REHAT YANG CUKUP AKIB4T JADUAL KERJA TERLALU PADAT



"Aisha sedang menjayakan penggambaran video muzik di kawasan pantai. Tiba-tiba dia terj@tuh dan dik£jarkan ke hospital. Aisha sudah terima rawatan termasuk diberi bantuan oksig£n.

"Memang jadualnya padat dengan penggambaran, prom0si lagu 'Tak Adil' dan undangan persembahan. Alhamdulillah, keadaannya sudah semakin okay dan sedang berehat. Insya-Allah, Aisha akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini."

Demikian kata Pegawai Perhubungan Awam Aisha Retno Entertainment, Asraf Aided, dimana memaklumkan, penyanyi Aisha Retno telah dik£jarkan ke sebuah hospital di Jakarta selepas rebah akib@t keletihan ketika menjayakan penggambaran video muzik di sana.

Jelasnya lagi, doktor mengesahkan, Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, tidak mendapat rehat yang cukup akib@t jadual kerja terlalu padat.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, ibu kepada Aisha iaitu Jean Retno Aryani, memberitahu, anaknya itu berada di Jakarta bagi menyiapkan single terbaharunya bersama komposer, Ade Govinda, selain turut berkongsi keadaan terkini Aisha yang kini stabil dan sedang berehat.

"Dia rebah ketika menjalani penggambaran video muzik. Aisha 'hyper' (aktif), jadi mungkin petang semalam sudah penat sangat. Selama lima hari Aisha kena buat banyak perkara termasuk bekerja bersama Govinda.

"Alhamdulillah semuanya okay. Aisha sudah dirawat kira-kira dua jam, semalam. Dia boleh kembali ke tempat penggambaran tetapi pihak produksi tak izinkan dia bekerja," jelasnya.

Sebelum ini, Aisha menerusi media sosial, memberitahu, dia telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Jakarta dan dalam masa sama juga memohon maaf kerana tidak dapat menjawab e-mel atau mesej daripada pelbagai pihak disebabkan tidak sihat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.