Baru-baru ini, ramai peminat mengatakan wajah pelakon Boy Iman sama seperti pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol yang juga kekasih pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan.
Berhubung itu, Boy tampil memberikan respon dengan berkata, pada awalnaya dia tidak nampak ada persamaan, namun dia mangakui ada sedikit persamaan selepas melihat satu hantaran Jefri.
"Masa mula-mula saya tengok tu, saya rasa tak berapa sama. Tapi ada sekali tu, saya tengok hantaran yang Jefri kongsikan di Instagram ketika dia berada di tandas. Saya rasa macam ada persamaan sikit, ada nampak macam saya di zaman muda ketika kurus," katanya.
Dalam pada itu, Boy memilih untuk bersikap rendah diri ketika mengulas mengenai wajahnya yang dibandingkan dengan Jefri, malah ada juga yang mengatakan dia lebih kacak dari pelakon Indonesia itu.
Klik untuk gambar besar
"Bukan saya nak ri@k kerana ini semua pinjaman Allah. Cuma saya rasa saya tak sama dengan dia. Bagi saya dia lagi kacak, saya pula ketika di usia muda berbadan kurus, dia pula berbeza," ujarnya.
Selain itu, Boy sempat mengimbas kembali zaman popularnya sehingga menjadi pelakon kegil@an remaja ketika di era 2000-an, dimana dia menerima beribu pucuk surat dan hadiah.
"Zaman dahulu sangat berbeza. Saya pernah dapat beribu pucuk surat, hadiah, teddy bear dan paling teruk sekali saya dapat bra peminat. Saya sangat terkejut bila dapat bra tu," kongsinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.