"Bapa saya letakkan syarat untuk habiskan pengajian jika mahu terlibat dalam industri seni. Sebelum ini saya banyak aktif kerja belakang tabir jika cuti semester.
"Apabila dia nampak ada perubahan saya diberi peluang untuk sertai uji bakat. Saya jalani proses sama seperti pelakon lain. Tiada istilah 'kabel'. Bapa saya cakap tiada jalan mudah dan saya perlu mula daripada bawah."
Itulah jelas pelakon Ahmad Aydeel, 21, dimana jelasnya, dia tidak diberi jalan mudah untuk terus menerima tawaran berlakon, meskipun dia anak kepada pelakon dan pengarah filem, Dr Ahmad Idham
Kata Aydeel, bapanya sentiasa menerapkan untuk bermula daripada bawah agar dapat menimba ilmu serta pengalaman yang sangat berharga, selain dia juga perlu menjalani sesi uji bakat dalam filem terbaharu Ahmad Idham berjudul 'Imp@k Maksima 2'.
Klik untuk gambar besar
Ujarnya lagi, dia sanggup mengambil inisiatif untuk mendalami watak Tata dalam filem berkenaan kerana mahu sentiasa memberikan yang terbaik.
"Bagi mendalami watak Tata yang bekerja sebagai mekanik saya kena lakukan persiapan yang terbaik. Saya tak mahu kec£wakan bapa yang merupakan pengarah filem ini.
"Berlakon di bawah arahan bapa sangat men@kutkan. Filem ini mempunyai pengikut tersendiri dan pernah diterbikan 18 tahun dahulu, jadi pasti penonton menaruh harapan tinggi," tuturnya.
Disamping itu, Aydeel yang mula aktif berlakon sejak awal Januari lalu, sedar pasti ada yang akan terus membandingkan perjalanan kerjaya seninya dengan bapa sendiri.
Selain itu, Aydeel berkata, sebelum menjadi pengarah, dia akan memulakan kerjaya sebagai pelakon untuk langkah awal.
"Saya berlakon untuk kejar ilmu. Sebelum jadi pengarah saya kena faham dahulu dunia lakonan supaya nanti saya boleh bimbing pelakon lain.
"Mesti akan ada perbandingan antara saya dengan Ahmad Idham. Tidak boleh lari sebab dia adalah bapa saya. Saya akan buat yang terbaik dan tidak akan buat dia hampa," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.