08 August 2025

AMIR RAJA LAWAK DEDAH ZIZAN TERUS MINTA NOMBOR AKAUN, MAHU BANTU RINGANKAN B£BAN : "SEMOGA ZIZAN & YANG LAIN-LAIN SEMUA DI BAWAH RAHMAT ALLAH SELALU..."



"Kalau ada yang tertanya-tanya kawan-kawan artis tak ada bertanya khabar ke Alhamdulillah ada saja ni, Mamat pun bertanya khabar juga, Lando hari itu awal-awal lagi telefon bertanya khabar. Bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia (Lando) terus minta nombor akaun.

"Produser, orang belakang tabir, kawan-kawan artis, dan geng pelawak lain pun ada yang ambik cakna jugak, cuma yang 2 orang ni selalu nampak aktif dengan saya, jadi saya sebut nama diorang je la ye.

"Zizan ini saya kena bagitahu juga, kalau ikutkan dia sendiri mungkin tak mahu benda ini diceritakan. Cuma saya nak orang tahu dia ada bersama saya dan saya saksi Zizan orang yang baik hati. Semoga Zizan dan yang lain-lain semua di bawah rahmat Allah selalu, dijauhkan daripada benda yang bukan-bukan."

Klik untuk gambar besar

Demikian tulis pelawak Amir Raja Lawak menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia terharu apabila ada beberapa rakan artis lain yang juga pelawak, antaranya Mamat Sepah serta Lando Zawawi yang tampil menghulurkan bantuan serta menghubunginya dan bertanya khabar.

Dalam pada itu, Amir berkata, meskipun Zizan Razak tidak mahu kebaikannya diceritakan, namun dia mahu orang tahu pelawak itu ada bersamanya, selain turut memuat naik mesej perbualannya bersama Zizan dimana tanpa banyak bertanya pelawak itu terus meminta nombor akaun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.