03 August 2025

"KAMI PUN DAH MUHASABAH DIRI & BERBINCANG SECARA BAIK UNTUK TERUSKAN JODOH INI" - EDIKA YUSOF KONGSI BERITA GEMBIRA, DIA & BEKAS ISTERI KEMBALI RUJUK



"Kami masih dalam proses tapi peratus untuk berbaik itu ada, InsyaAllah. Kami pun dah muhasabah diri dan berbincang secara baik untuk teruskan jodoh ini. Kami sedang tunggu surat (mahkamah) tapi masih belum tinggal bersama."

Demikian jelas Edika Yusof dimana pelakon itu berkongsikan berita gembira bahawa dia dan bekas isterinya, Nor Hidayah sudah kembali rujuk, namun masih menunggu proses seterusnya mengikut undang-undang.

Kata Edika, dia dan Hidayah berbincang secara baik untuk mencari jalan sementara masih dalam idah, bagaimanapun mereka masih belum tinggal bersama.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, tuturnya lagi, dia tidak pernah putus asa untuk berbaik dengan bekas isterinya dan keputusan untuk kembali bersama dibuat secara bersama.

"Dia pun berusaha untuk memberi ruang. Bila bertemu, kami bincang kesil@pan masing-masing. Malah bila keluar rumah pun tiada pert£ngkaran atau perg@duhan," ujarnya.
Untuk makluman, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004, namun bercerai pada 5 Mei lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.