"Durian memang kegemaran saya, setiap kali musim mesti saya akan makan. Saya tak tolak kemungkinan faktor pemakanan jadi punca saya terkena s£rangan ini. Mungkin juga sebab makan benda-benda manis.
"Sehari sebelum kejadian, saya makan tujuh biji durian kampung. Esok paginya, terus jadi macam ini. Masa bercakap dengan doktor pun, mulut masih berbau durian."
Demikian jelas anggota kumpulan Nico G, Dino, dimana dia tabah menghadapi dug@an selepas dis£rang angin ahmar yang menj£jaskan bahagian kanan badannya sejak sebulan lalu.
Kata Dino atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rosli, 50, dia tidak menolak faktor pemakanan menjadi punca mas@lah kesihatan tersebut.
Dalam pada itu, kongsinya, sebelum kejadian, dia sempat menikmati tujuh biji durian seorang diri sehari sebelum rebah ketika sedang bekerja, selain dia juga merupakan per0kok tegar sejak muda.
Klik untuk gambar besar
Dalam kunjungan tersebut, turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi iaitu Teo Nie Ching; Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Saifuddin Mutalib dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.
Dino yang kini menetap bersama bapa saudaranya itu mengakui berdepan kesuk@ran daripada segi kewangan kerana tidak dapat bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah.
Menurutnya, dia turut mendapatkan rawatan tradisional yang menelan kos sekitar RM200 bagi setiap sesi urutan, selain menerima rawatan susulan sebanyak dua minggu sekali di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Buat masa ini, majikan beri saya cuti sehingga benar-benar pulih. Sebelum ini, dia ada bantu saya dengan sumbangan RM500. Tapi selepas sebulan, saya memang sudah tiada pendapatan. Sebab itu saya minta bantuan," tuturnya.
Sementara itu, Kementerian Komunikasi terus komited membantu artis veteran memerlukan termasuk mereka yang sedang bert@rung dengan mas@lah kesihatan.
Kata Teo Nie Ching, melalui inisiatif khas itu, pihak Kementerian Komunikasi dan Finas termasuk beberapa agensi lain sudah meggerakkan usaha menyalurkan sumbangan kepada 61 penggiat seni memerlukan sejak awal 2024 hingga 31 Julai lalu.
"Program Ziarah Seni Madani ini di bawah Finas yang bertujuan untuk sampaikan sedikit bantuan kepada artis veteran atau mana-mana artis yang menghadapi kec£masan.
"Sebenarnya dana ini bukan datang daripada Finas atau Kementerian Komunikasi sahaja, tetapi ini juga kerjasama dengan beberapa pihak untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kecemasan," jelasnya.
Selain Dino, Nie Ching sempat menziarahi pelawak veteran Sathiya, 61, selepas tiga jari kaki kirinya terpaksa dip0tong kerana mas@lah diab£tis.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.