15 August 2025

PENDAPATAN DALAM SEBULAN - RUHAINIES DEDAH RAIH RM100,000



"Saya menjadi duta jenama, membuat pemasaran afiliasi, berlakon, dan berkolaborasi dengan beberapa jenama. Pendapatan saya sebagai artis sekitar RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.
"Di Inst@gram, saya mempunyai 1.7 juta pengikut, manakala di TikT0k saya mempunyai lebih 700 ribu pengikut."

Itulah kata pelakon sens@si, Ruhainies ketika ditemu bual baru-baru ini oleh Malaysian Pay Gap yang merupakan platf0rm media sosial, dimana ia berkongsikan mengenai tahap gaji atau pendapatan secara terbuka.

Kongsi Ruhainies, dia sudah berada dalam industri hiburan tanah air hampir 10 tahun dan meraih pendapatan mencecah RM100,000 sebulan.

Ujar pelakon itu lagi, selain berlakon, dia turut menjadi duta bagi jenama pr0duk, pemasaran afiliasi serta kerjasama dengan beberapa jenama.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia mementingkan kualiti ketika ditanya sama ada dia memilih barangan berjenama atau mampu milik.

Dalam temu bual tersebut, Ruhainies juga ada berkongsikan barangan yang sering digunakannya antaranya gincu bibir berharga RM200 serta sunscreen berharga RM16 dan perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai.

"Daripada segi pilihan barangan, saya lebih fokus pada kualiti berbanding harga. Jika sesuatu itu sesuai dengan saya, sudah tentu saya akan membelinya," tutur adik kepada pelakon Nur Risteena itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.